Jan 26, 2010

malam dan siang












malam...
cepatlah malam... agar bisa ku lemaskan badan. lelahku gagahkan diri pada siang. tunjukkan aku ini sang pejuang. padahal cuma kucing berlagak sang belang.

siang...
cepatlah siang... agar bisa ku berdiri lagi. buang jauh air mata ini.


Jan 25, 2010

LIRIK LAGU: ungu - cinta dalam hati

aku addicted kepada lagu ini... liriknya sangat tajam. aku dapat 'rasa' yg diceritakannya. mungkin aku akan buat vidclip or short film untuk lagu ni nanti hahahahhahah

ungu - cinta dalam hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[Reff:]
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

birthday gift


dah lama aku edit gambar ni... sebagai birthday gift untuk si RUDY.
hmmm.... quality buruk gila... sebab aku takda gambar dia yang clear... yang ada cuma gambar yang aku shoot guna handphone aku. tu pun malam. jadi banyak noise. tapi aku cuba buatkan juga...original image

Jan 12, 2010

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer

TRAILER



WHOOOOO!!! NICE!
dalam hati aku... aku nak kata begini: akhirnya!!! apa yang aku harapakan dari pembikin filem malaysia telah benar2 ada!

tapi.... selagi filemnya belum aku tonton... aku takut nak say it out loud.


aku nampak something yang familiar pada trailer nih. oh! ya! wording yang bercahaya itu. di ambil direct tutorial yang dibikin menggunakan adobe after effect oleh Andrew Kramer (videocopilot.net)

ni tutorial nya
http://videocopilot.net/tutorial/ancient_titles/

Andrew Kramer seorang 'nobody' to 'somebody' hanya kerana suka buat tutorial adobe after effect.

banyak filem yang guna tutorial dia untuk effect. tapi ni kali pertama aku nampak filem malaysia guna tutorial dia.

not a bad thing tho.
cuma nampak terlalu sama. pembikin trailer ni patut berikan lebih 'film grain' atau cahaya atau tukar warna yang lebih dark supaya nampak selari dengan warna footage dari filem... DAN supaya tak nampak direct copy. i hope this is not the official trailer. sebab ni produksi filem besar.. dan "si gila mengedit video" (macam aku) bila ternampak something yang di cedok bulat dari idea orang... akan rasa... well... apa2 lah. DAN suara narrator tak cukup 'gema' untuk menusuk semangat. (suara datuk rahim razali untuk PGL lebih 'berhantu')

TAPI AKU SUKA TRAILER NI!! some part of it buat aku berdiri bulu roma. YA BETUL. aku harap hasil keseluruhan tak mengecewakan. sebab aku tgk production value filem ni sangat tinggi!

mungkin... ok.. JUST MUNGKIN ini akan menambah satu lagi filem epik yg bolah buat aku rasa macam nak inzal dengan keindahan visual (ya) kekuatan cerita (mungkin) dan jalinan ikatan babak/aksi/editing (pernah tonton Queen of Langkasuka arahan
Nonzee Nimibutr? ya.. bagi aku filem tu agak lemah jalinan babak/aksi)
). DAN harap2 filem ni bukan sebuah lagi filem yang hanya eye candy untuk menunjukan semangat "MALAYSIA PUN BOLEH BUAT".... yg aku harapakan adalah... aku mau dapat "sesuatu" dari filem ini. (seperti suka nya aku pada PGL)

hey.. kau tak dapat nak menafikan. this is an epic movie buatan malaysia. (walaupun PGL bukanlah filem epic pertama malaysia) mau/tidak mau kau akan tetap membandingkan ia dengan PGL... PGL adalah sebuah love story... dan Merong mahawangsa ni agak war-ish.. dua genre berbeza. tapi mampukah KRU mengangkat kuasa epic pada hikayat ini setinggi yang mungkin. (nak kata Lord of The Rings tu tak bleh la... gila kau! tu produksi tak hengat punya mahal)

AKU SANGAT2 MENUGGU FILEM INI KELUAR PANGGUNG... JAUH DALAM HATI AKU... AKU RASA NAK MELOMPAT2 SUKA!.... TAPI... AKU TAKUT.... TAKUT NAK LETAK HARAPAN YG TERLALU TINGGI. (TAKUT KECEWA LAGI) kalau it turn out cheesy... aku pasti kecewa... tapi kalau it turn out FREAKIN AWESOME... pasti aku sangat HYSTERICAL dan menonton puluhan kali di panggung (kalau bajet sampai la hahahahahhaha)

seperti biasa... tak banyak yang aku dapat katakan. sebab ini hanya sebuah trailer. aku tak mau sentuh apa2 pun pasal isi cerita berdasarkan trailer saja seperti orang yang terus membahas dan ada yang SMASH kencang sesebuah filem hanya dari sebuah trailer (petikan filem) dan khabar angin yg di dengar dari mulut ke mulut... smash kejam! bash gila! padahal tak tengok lagi filemnya.. dan pada akhirnya malu sendiri.. pada mulanya merasa cukup pintar... tapi kesudahannya di pandang 'bodoh' oleh mereka yang 'memerhati'. WAHAHAHAHAHHAAHA

UPDATE




yaaaaa.... trailer keduanya telah tiba...
still... suara naratornya SANGAT LEMAH!!! jangan guna bahasa inggeris kalau pronunciation tak gempak!!!... baik guna bahasa melayu dan cari orang yang memiliku suara sekuat vibe dan tempo seperti dato' rahim razali.... mungkin sebab dato' rahim razali dan di guna untuk trailer Puteri Gunung Ledang (PGL) jadi KRU tak mau guna dia... hmm.... but u gotta admit it.. dato' rahim razali punya suara dan pause-nya sangat berhantu! jalaluddin hassan juga punya vibe tapi tempo/pause suaranya tak natural... terlalu... mengada.

now expectation aku pada filem ni menurun drastik.
pertama... sebab filter/warna yang di gunakan... satu aku nak cakap... HD tak semestinya cantik!! ya!! tak semua filem akan nampak hebat kalau terlampau HD... kalau tak caya carik la filem2 yang di keluarkan dalam bentuk BLUE-ray. di VCD dia nampak hebat! tapi bila masuk ke HD.... semua terpampang jelas.... dulunya nampak filem yang sarat dgn detail... skarang kualiti video nya jadi macam drama cerekarama!!!! aduuuiiii sakit biji mata!

KRU please dont tell me that this is the Official Theatrical Trailer. masih ada masa lagi untuk orang render dan letak filter. gunakan filter kelabu dan coklat (war-ish). pelajari LORD OF THE RINGS... bukan dari segi teknikal... tu mmg kita tak mampu buat pada masa ni... tapi dari segi mainan warna.. perhatikan juga filter yang digunakan untuk filem GLADIATOR dan 300.... aku bukan nak benchmark filem kita dan filem barat.. tapi aku berharap korang belajar dari bahan yang dah sedia ada. orang akan kata aku ni mengagungkan filem barat... NO! aku mengharapakan something yang BESAR pada filem Malaysia... korang dah guna salah satu effect dari tutorial VIDEOCOPILOT untuk trailer pertama... dan VIDEOCOPILOT juga ada tutorial mudah untuk filter video yang murah jadi nampak seperti filem mahal!... epic-ish, war-sih dapat di hasilkan dengan haya menambah 1 filter layer dan mainkan opacity untuk beberapa babak yang terang dan gelap.. tolong lah... tolonggg lahhh.... aku harap sangat hasil keseluruhan yang baik.

kedua... satu naskah yang kuat pun akan kedengaran bodoh kalau pelakon tak memiliki kebolehan yang baik untuk menghidupkannya... OH MY GOD! aku kecewa. ni memang takbleh buat apa dah... dan kalau nak di perbaiki.... re-shoot akan makan masa dan kos yang selangit. jadi kemahiran dan ketekunan editor/penyunting/composer sangat diperlukan di sini. SANGAT!!! mainkan tempo dan pitch suara pelakon meggunakan audio authoring software yang korang ada. morphVOX adalah salah satu dari yang terbaik untuk itu (walaupun mungkin ia software murahan bagi korang). dialog Hughes Stephen Rahman itu sangat kuat kata-katanya tapi pitch dan eco langsung tak kena.

haduiiiiii...... aku kecewa... kerana production value filem ni sangat tinggi.. sangat detail... sayangnya kalau ia rosak kerana kurang di berikan perhatian dan perngiktirafan visual yang setimpal... huhuhuhuhuhuhuuuu KRU please.....

tapi apa2 pun aku tetap akan tonton filem ni bila keluar nanti... sebab aku dapat rasa ada 'sesuatu' untuk aku... kalaupun aku akan rasa patah hati. tapi... aku dapat rasakan ada something yang akan jadi pengubatnya..... entahlah... mungkin cuma satu 'harapan pelarian' supaya aku tetap ke panggung nanti. tapi..... huh...... (T_T)

UPDATE



i am so gonna watch this... walaupun masih tak sampai dengan expectation aku... cuma berharap storyline di buat sebaik yang mungkin... nuff said.. ini adalah trailer versi bahasa melayu.. untuk market di malaysia... aku lebih suka editing trailer untuk versi international. kenapa la dorang mesti buat perbezaan... dan untuk versi bahasa melayu itu.. disappointing...

Total Pageviews