Feb 26, 2011

experimental

malam tadi mata tak dapat tidur.. jadi aku pun bawak keluar smua peralatan DIY aku (glidetrack, steadicam, shoulder rig) dan buat video test. pagi2 buta tu aku dan adik aku shoot video pendek ni.. memang masih banyak kelemahan tools aku ni.. perlu tweak sana sini.. tapi aku puas hati la stakat ni. nanti aku perbaiki lagi untuk result yang maksimum.


experimental

watch in HD for better video/audio quality

THIS IS THE REMASTERED/DIRECTOR CUT
or whatever you want to call it
aku malas nak upload dalam youtube.. so embed dari FB aku jer aa

Feb 23, 2011

handphone oh handphone

sedih...


bukan sedih pasal apa pun... pasal blackberry aku rosak... hahahha ha.. ha... ha.... ha..... hah..hmmm
masuk "spital"..... arrrgghhhh tension giler... sejak BB aku tpaksa hantar warranty... aku rasa disconnected dengan dunia.. pergh! menikam dow!

rasa kembali ke zaman batu! biasanya informasi di hujung jari... betul2 hujung jari.. pakcik google yang setia menolong kalau ada2 informasi yang aku perlukan segera... update FB dimana2 yang aku suka... kalau ada barang best nak di share.. just snap and tag. baru nak berjinak dgn twitter.. tthen baru jer connected dgn kenalan lama thru BBM... sending files guna BBM lebih laju daripada guna bluetooth... huhuhuhuhuhuhu cepatlah sembuh wahai storm ku...

sementara menunggu BB storm 9500 aku sembuh dari kebutaan sementara tu.. (screen blank).. aku tepaksa merembat seketul lagi handphone... kerana tak cukup bajet... aku takdapat nak rembat BB jugak... nak guna sony ericsson.. tak jumpa yang menarik hati... sejak dorang terfokus nak buat android jer memanjang... well its android war skarang ni... last punya last... aku ambik la LG...

aku memilih LG sebab aku pernah guna handphone LG sebelum ni.. dan ia tak mengecewakan aku.. cuma.. bila dah terbiasa dengan BB... dan murahnya BIS (blackberry internet service).. bila guna handphone ni.. aduiii... rm15 seminggu... tak la jauh sangat dengan bBIS.. aku guna BIS rm2 sehari.. kira2 rm14 seminggu.. cuma dia potong per-hari... bukan skali potong rm15. tak la terasa sangat senak wallet dan sakitnya perasaan. (T_T).

anyway.. dah masuk 3 hari guna.. masih dalam proses membiasakan diri.. overall ok.. cuma touchscreen dia tak begitu responsive... bukan tak responsive sebenarnya.. cuma screen dia perlukan sentuhan yang agak kuat. kena tekan lebih la. kalau BB aku tu aku ikut sedap jer gentel2 ujung jari.. makin laju makin syok!... ermm... hahahahha

aku suka keypad dia.. sedap di tekan.. dan kesilapan menekan huruf tu tersagatlah kurang. tapi takbestnya sebab punat enter tak boleh di assign untuk jadi butang "send" bila SMS... dan aku tengah pening macamana nak letak app facebook tu kat shortcut.. sebab bila aku tgk orang punya di youtube.. dorang ada widget facebook kat home menu dia. (0_0).

hmm... nak review lebih2 ke? tak payah la.. aku pun masih asing dengan menatang ni. tengah cari apps YM untuk dia. penting tu.. mana la nak download ye?...

ya aku punya kaler itam biru.. memula nak yang itam merah. cool gila!! tapi bila nak beli.. orang dah rembat.. yg tinggal itam biru ni jer.. (T_T)... tapi bila tgk balik itam merah tu... fullamakatak... seluruh keypad warna merah! berpinar mata aku! nasib baik tak jadi hahahahha.... yang itam itam takda stock... smart pulak warna dia huhhuhuhu...

Feb 18, 2011

otak padat..




kerana otak terlampau padat... sampaikan aku tak dapat keluarkan idea untuk atur design customer. aku tak tau macamana untuk aku release otak daripada belenggu ni.. kalau penulis.. dorang panggil "writers block"... kalau designer/graphic artist.. dorang panggil apa ye?... ntah lah.. jadi aku try meransang otak aku degan buat benda yang aku suka... hehehehhe jadi aku pedajal gambar2 lama...

Feb 4, 2011

TEKAN short film promo trailer

lama tak update blog.. hahahah hanya 1 blogpost untuk januari. bukan malas. atau bukan takda apa nak cerita. terlampau banyak sangat sampai taktau nak post apa.

ya TEKAN.. finally aku just.. ah! WTF just upload it and show off... tak kesah lah orang nak curik idea tu. biar la orang mula buat benda yang sama... yang penting stiap orang punya cara dan gaya yang tersendiri. if others buat yang lebih baik.. well thats good for them.

aku cakap pasal apa?

pasal short film yang aku tengah usahakan sekarang... aku ada buat promo trailer.. shoot pada hujung november 2010.. but.. ah! this thing pun akan di re-shoot nanti... means footage tu takkan di guna pakai dalam final product nanti... well walaupun tema/vibe/warna akan buat orang tau apa storyline dia. ah! biar lah... apa yg ada dalam kepala aku dorang masih blum tau. dan sejauh mana aku boleh bawak idea tu. im not that good anyway. but im trying hard to create something good. yang penting aku puas. like it or not.. its yours to decide.

tanpa budget.. tanpa proper tools.. tanpa equipment.. everything is DIY... tengah menunggu waktu yang sesuai untuk shoot sepenuhnya... walaupun makan masa... biarlah.. yg penting aku happy. i wish i have a boom/zoom mic. rode or H4n.. then i could record better sound.. tapi sebab takda.. hantam lah labu! click link dibawah to watch it on youtube. rate comment or like.


view in HD for better quality

yes the actor is me and onn. dan akan ramai lagi muka2 yang korang kenal dan korang tak kenal.. contohnya rudy iskandar, fairuz, saiful firdauz, ah! banyak la lagi. hahahahha. pray for my success with this.

p/s : onn.. it start with your idea to create something action like. i twist and turn it into something else. thanks.
p/s/s : (what? is there such a thing?) terima kasih kerana menjadi inspirasi ku dalam apa jua yang aku lakukan. i love u too matahari pagi.
p/s/s/s : (watdafak! is there really?) to abang john jon. terima kasih. sya akan buat ni barang sehabis baik. thank you for your advice.

Total Pageviews