Feb 21, 2006

KADANG2...........

kadang kadang
kita melatah.....
melatah bila melihat telatah yang kita anggap sampah melimpah limpah dijadikan juadah mata yang kita anggap ramah............

kadang kadang
kita lupa.....
lupa akan rupa saudara kerana kita asik mengejar salah mereka yang akhirnya kita rupanya yang berubah rupa menjadi mereka...........

kadang kadang
kita hanyut.....
hanyut dengan rasa yang diguyut oleh rasa takut yang tak kunjung susut walau waktu kian surut tetapi kita tetap menurut pada rasa yang datang dari perut..........

kadang kadang
kita salah......
salah mengartikan falsafah diri dan arah kompas fikiran yang membentuk sahsiah sebagai khalifah yang akhirnya kita yang menumpahkan darah saudara yang se arah!

kadang kadang..... kerana itulah maha bijaksana mewujudkan akal..... kerana akal juga bermaksud rasional.... gerbang keamanan.... pembuka kedamaian.... mukaddimah kepada hadiah yang kekal......

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews