Jul 17, 2010

model hari ini. SEPUL

suatu petang yang damai. ketika aku tengah menonton siri LOST yang aku mintak dari ONN... tiba2 sepul ni datang mengganggu ketenteraman. biasanya photographer cari model. ni model paksa photographer untuk ambil dia hahahhahah dia ingat dia bagus sangat ka ha?! hahahhaa aku pun bukan photographer. stakat pakai kamera poket boleh la. lantak kau la sepul. aku edit/manipulate jer. nih la hasilnya. texture aku rembat dari google image. yg tak pakai texure tu mmg dari hasil pemikiran otak parasit aku ni. hahahahhah.



this is my personal favorite. hehehehhe lantak la korang nak ckp aku angkat bakul. tapi pduli apa. aku suka buat upside-down photo. tapi ni kali pertama aku publish untuk orang tengok. biasanya aku simpan sorang2 dalam PC ni untuk aku tenangkan otak. hahahahhahah. sbab dari pemerhatian aku. walaupun gambar dah lama. mcm byk kesalahan dalam gambar tu. tak semestinya terus di buang. simpan jer. try tgk dari pelbagai perspektif mana tau kadang2 dalam timbunan kaca ada berlian yang korang buang sekali.
i hate that writing. so lame. tapi nak buat apa. dia sndiri yang mintak. aku ikut jer la. aku perlu mood untuk editing. tapi this annoying fella melekat tak mau beganjak dai depan pc aku ni selagi tak siap dan tak di upload dalam facebook dia. WTF! kan? hahhahahaha hantam la labuuu...

Jul 13, 2010

DECORATE BY YUNA with LYRICS

a simple short song (that makes my heart beat slow and cry... huhhuuhu sedih) by yuna...

Jul 11, 2010

bisikan arwah poster (versi aku)

aku sangat kecewa kalau bab2 poster filem/drama malaysia ni.... dibuat macam tangkap muat. padahal poster juga adalah salah satu marketing strategy untuk pancing penonton. hmmm... munkin perlu ada satu anugerah poster filem.. (walaupun di malaysia ni dah berlambak macam2 jenis award)... ada juga poster yang bagus.. tapi masih terikat degan stereotype poster filem malaysia... KENAPA MESTI SEMUA WATAK ADA DALAM SATU POSTER???

poster filem juga salah satu ART/SENI yang memancing khalayak secara sikologi dengan mewujudkan tanda tanya.. huhhhh... dan kalaulah malaysia ni guna konsep teaser poster kalau sesebuah filem/drama masih dalam proses pembikinan. (trailer jangan cakap la... ada beberapa kerat jer yang buat teaser trailer dan full/theatrical trailer untuk filem dan drama).. ya mmg akan memerlukan sedikit budget. tapi kalau ianya dibuat dgn baik dan berjaya menarik penonton... kan ka maksudnya marketing dah berjaya. aduiiiii......

sesak napas aku tiap kali nampak poster2 filem malaysia ni. kalau budget tak cukup untuk ambil studio design untuk buat poster... buat hype dengan mengadakan competition reka poster. upload gambar2 set dan watak. upload banyak2 (dgn ukuran yg besar!) buat sedikit photoshoot kat sewaktu di lokasi. lepastu nyatakan tema dan elemnt apa yg mesti ada dalam poster tu. hadiah tu tak kesah la nak kasi apa. kalau nak kasi gempak2 tu syukkkkuuurrrr... tapi yang penting dgn cara itu poster yang baik akan terhasil dan pembikin poster yang selama ni terpuruk kerana tak memmiliki kelayakan tapi miliki kemahiran, akhirnya dikenali dan memberi platform untuk dia tunjukkan bakat dia. talk about two birds with one stone kan. kalau nak... ikat dgn kontrak untuk 4 ke 5 filem/drama ka. tu dah cukup bagus. what ever lah. cukup lah aku membebel untuk posting kali ni hahhahahaha.

ni ada satu poster drama yang akan main di astro esok... aku kesian tgk posternya... kenapa la kau di perlakukan sedemikin rupa. sungguh kejam tangan2 yang tak bertanggung jawab buat kau macam ni.... touching siot!! jadi aku buat la poster versi aku sendiri. tanpa minta kebenaran hahahahhah. harap2 dorang tak kesah. lagipun kira ok la kan.. aku buat marketing free untuk dorang. baiknya ati aku hahahhahahha. sbenarnya aku tenampak beberapa gambar yang menarik dalam facebook bisikan arwah ni. jadi aku try2 la menggatal dgn photoshop aku. click sana click sini gentel2 puting... erk... gentel2 punat... ya tu lebih tepat... punat mouse hahahahhaha. lucah sungguh!! hahahahahhahahhah.

yang diatas tadi tu poster asal... ni pulak poster yang aku buat
(click poster untuk ukuran yang lebih besar)


kerana foto yang aku ambil dari facebook sangat kecik (korang tau la kan) jadi mungkin kualitinya agak kurenngggg.... tapi biasanya poster seram ni jarang ada yang high definition. tapi itu tak bermakna sumber asal untuk digunakan mengedit tak memerlukan pixel yang tinggi. SANGAT PERLU LAH!! supaya hasilnya nanti lebih tepat dan kemas. ya poster versi aku nampak kosong. sebab aku tak dapat baca apa yg dtulis kat poster asal tu. aku sangat kecewa kerana itu pun satu element yang penting untuk sesebuah poster supaya ada "professional look" dalam poster. kalau lah doang up poster bersaiz besar dan aku dapat baca tulisan tu. aku akan buat balik. tu pun "kalau".


Jul 7, 2010

AKU. akan datang.

(click this to view this video)
AKU. akan datang.



from a twisted tormented mind.

aku shoot benda ni pakai kamera poket jer... so aku mainkan warna dan cahaya supaya noise dalam video tu menjadi "disengajakan". (tak reti nak explain.. yg paham tu... faham la apa yg aku maksudkan dgn "disengajakan" tu hahahahha)...

kenapa aku letak "akan datang" sebab idea ni boleh di bawak jauh. dapat di kembangkan... ah! tgk la nanti macam mana.

suka hati korang la nak tafsir apa dari video ni. yang pasti jawapannya korang akan tengok sendiri nanti hahahahhaha.

Jul 6, 2010

to serian (camera test)


video test di serian.
sambil study fungsi cam dan nak tengok hasilnya. kitorang jalan2 dan rakam apa yg kitorang nampak. lama dah tak mengedit video. so ni kira warm up la.

Total Pageviews