Dec 29, 2009

AVATAR... dari mata aku


AVATAR Hate to love it

Kata2 yang berdegung dalam otak aku adalah apabila watak utama Jake Sully lakonan Sam Worthington... mimpi terasa lebih nyata... dan kenyataan lebih dirasakan seperti mimpi.

Ini bukan filem pertama yg menyebut perkara itu. Seperti juga watak NEO dalam the Matrix mempersoalkan apa yg dirasakannya pada “realiti” yg di laluinya stiap hari (sebelum dia menemukan jawapan kepada soalan ‘what is the matrix’).

Ok aku mulakan review...

Avatar... sangat eye candy. Aku suka. Menawan. Cantik. Exiting. Adrinalin? Kalau kawan2 lain.. mungkin yes!... Tapi aku... Boleh la~~~.

Secara jujur aku suka avatar tapi tidak mencintainya. Kenapa? Aku terangkan nanti. Aku dapat katakan avatar adalah filem yg.. bagus.. seronok. But its just that... mungkin kerana harapan aku sangat tinggi pada filem ini. Kegilaan aku pada filem2 epik lah yang menyebabkan aku agak sedikit rasa ‘hilang’ pada filem ini. Kalau kau kata ini adalah filem epik... tidak... shot2 yang jauh, dan penuh dengan details tak bermaksud ia adalah filem epik. Itu Cuma salah satu rempah nya.

Avatar bukanlah filem yang original. Sebuah lagi karya ‘kitar semula’ dari pembikin filem holywood. Dari plot. Babak hinggalah ke fahaman filem ini pernah ada dalam filem2 lepas. But hey... kalau dah semua aspek pernah di ceritakan dan pernah di buat.. memang takda yag tinggal dah. Jadi ini terpulang pada pembikin filem untuk lebih kreatif mengolah sebaik yg mungkin sehinggakan kita merasa segalanya baru.

Idea cerita ini sangat biasa. Orang luar (sky people) bertemu puak native (na’vi) dan menjadi pahlawan. Dan pahlawan menyertai native. Konsep yg telah berkali2 di bikin filem. Ingat OUTLANDER? Namun ia di olah dengan baik. Bagi aku watak jake sully sangat berkesan. Dan lakonan, gerak tubuh, dan suara Zoe Saldana sebagai Neytiri sangat best! Aku suka!

Dari aspek rekaan, aku sangat suka AVATAR. Segalanya di cipta se detail yang mungkin.. truly eye candy. Rekaan tumbuhan, set, senjata, mesin, dan puak na’vi tu sendiri..(aku tiba2 teringin nak tengok na’vi girl yang comel chubby gebu.. gosh.. thats gonna be damn sexy... pasti akan aku cari posternya dan tampal di dinding bilik aku.... erk..... erm.... ok tu Cuma fantasi aku. So what?)

Sigourney Weaver!! Rindunya aku pada dia. Sejak filem ALIEN. Dia adalah the original lara croft bagi aku. dia memainkan peranan agak besar dalam fielm ini. Tetapi ada satu babak dimana mereka berpindah ke sebuah pulau terapung untuk meneruskan kajian tetapi sebenarnya adalah untuk ‘mendidik’ jake supaya mula mencintai pandora. Disini entah kenapa aku rasakan ambience keibuan dari Sigourney Weaver. Hahahahha aku suka babak itu.

Ok.. just that...

Tapi... mungkin avatar cantik. Tapi tidak ‘sangat’ cantik. Maksud aku ia adalah filem fantasi yang baik. Tapi.. untuk menjadi filem epik yang baik... tidak.. ia masih tidak dapat menandingi atau menyamai kuasa epik Lord of The Rings. Mungkin kau akan kata keduanya adalah filem yang berbeza dan aku silap kerana mambandingkan sebuah karya berlandaskan fantasi klasik dan fantasi moden. But hey... review ini adalah pendapat aku.. pandagan dari mata aku... bagi aku untuk meghasilkan naskah epik.. terdapat beberapa rempah ratus yang mesti ada... macam yang aku kata tadi.. shot2 jauh yang luas.. binaan yang agung.. perkembangan watak detail.. konspirasi.. dan.. yg penting.. plot yang sarat padat mampat... dan untuk AVATAR.. aku rasakan plotnya terlalu linear.. Cameron seperti yang kita tau merupakan seorang pakar effect. Dan kerana ambisinya untuk mewujudkan pandora dan na’vi, dia merempuh jauh kedalam hutan teknologi sehinggakan dia menutup mata pada beberapa perkara dlam filem ini. Plot filem kitar semua ini semakin nampak seakan rip off dari dance with wolf. (fadz.. aku stuju. Aku pun rasa perkara yang sama). Tapi seperti filem2 cameron yang lain. Perkara yang ‘menjadikan’ segalanya sebagai satu cerita adalah konsep cause and effect. Segalanya di susun atur sehingga mejadi jigsaw puzzle yang lengkap dan boleh dilihat keseluruhan ilustrasinya walaupun tidak sebaik karya2 cameron yang lampau. Bagi aku karya terulung cameron adalah Aliens dimana watak ripley di kembangkan dengan sangat detail. Seakan2 dia betul2 watak yang hidup diantara kita. Begitu juga dengan filem the abyss (yang baru aku tonton ulang semalam) adalah sangat direct dengan konsep cause and effect.

Seperti yang aku katakan tadi.. avatar bukanlah karya original dan tiada yang baru.. terdapat beberapa “logik filem” yang lari dari landasan. Adakah hanya dengan tiga bulan sorang manusia kan jatuh cinta pada makhluk yang asing kepada dirinya DAN dalam tempoh sesigkat itu, seorang manusia akan dengan mudah untuk menolak waras nya dan bertindak menentang kaumnya sediri?. Bagi aku itu agak ‘weak’. Dan pada babak dimana puak na’vi bersama Jake mengumpul askar pandora... aku lupa.. sebuah planet yang besar ini pasti mempunyai puak2 indian.. erk... maksud aku.. puak na’vi yang lain... kenapa aku boleh terlupa? Kerana dari awal sehingga ke babak itu... Cuma satu puak saya yang di ‘tunjuk’.. seakan tidak wujud konsep “kampung ini dan kampung itu”. Ada juga idea2 yang kurang masak bagi aku... ia itu eywa si pokok yang merupakan acess point kepada seluruh jaringan network jualan langsung... erk?... maksud aku jaringan network seluruh dunia pandora. Eywa memainkan satu impak yg besar pada penghujung avatar. tapi tidak di tunjukkan pada pengawalan cerita. Ini mewujudkan plot hole.. jika benar pokok ini dapat ‘membantu’ kenapa shaman puak tidak pernah terpikir untuk ber komunikasi degan eywa sebelum ini? Babak2 ritual puak na’vi (seakan upacara bali.. aku lupa namanya) juga terasa FAKE. Kita di dedah bahawa puak na’vi ini percaya pada spirit dan keseimbangan. Mereka juga memiliki ikatan pada alam pandora yang kuat.. (its what they do to survive) dan seorang shaman. Namun bila menyentuh tentang ritual2 ini tidak di tunjuk se-beliveable yang mungkin. Dan kerana itu babak ritual pada penghujung cerita terasa sekadar pertunjukan. Bukan ritual. Segalanya berlaku secara tiba2. Aku rasa kalau pada itu mereka duduk menyentuh tanah dan humming dengan nada yang sedih sambil menutup mata... itu dah cukup.. hey.. sometime less is more!

Aku suka avatar.. aku suka eye-candy nya.. aku suka khayal nya. Tapi aku mengharapkan kepuasan ‘panggung’. Kepuasan avatar tidak seperti menonton LOTR atau yg terbaru Distric 9. Bagi aku gabungan teknik janaan komputer dan lakonan sebenar kedua filem tersebut lebih mencengkam. Sesuatu yang ‘mati’ dan ‘tiada’ di gabung dengan baik sehigga wujud perasaan padanya. Aku tak kata avatar tidak memiliki perkara ini. Ia ada.. tapi tak banyak.. rasanya Cuma ada tiga.. waktu dimana jake berjalan semua setelah bergabung degan avatarnya.. keseronokkan ‘kanak2’ jake pada hutan pandora (sangat comel! ).. dan yang paling kuat adalah sewaktu Sigourney sedang nazak didalam bunker.

Kalau sebut nama Sigourney aku lebih suka panggil dia “si mama alien” wahahahahahhaha.

Begitulah avatar di mata aku. aku suka tapi tidak cinta. Tapi ia tetap sebuah karya yang aku pasti simpan. Disebalik teknologi yang digunakan untuk pembikinan nya.. dia mempunyai khayal yang seronok. Cuma kurang masak. Itu saja. Ia tetap sebuah filem yang enjoy. Percayalah. Kalau kau adalah punya fetish kepada dunia fantasi sebegini.. primitif spiritual tapi moden, senjata besar dan canggih, letupan besar.. kau pasti suka filem ini.

Dec 24, 2009

BENDA KERAS jadi cair...

Kisah sentuhan putri ...

Pada zaman dahulu, ada seorang puteri yang cantik rupawan. Namanya Puteri Sheila on 7Eleven. Sejak lahir lagi puteri ini telah terkena sumpahan. Apa je menda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau puteri tu terpegang mereka maka meraka akan cair jugak. Maka musykil la Ayahanda nye kerana alamat tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat memanda perdana menteri, Maharaja
pun membawa puteri berjumpa dengan seorang bomoh untuk berubat. Mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan memanda perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa barang siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yang apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dengan puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyun lah lelaki dating membawa benda masing-masing dengan harapan dapat menjadi menantu
raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung.....Muncul lah lelaki yang pertama, Maharaja: Ha, apa benda yang kau bawa tu?

Lelaki#1 : Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yang paling keras dalam ! dunia. Pada zaman akan datang, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang.

Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu.

Lelaki#1 : Silakan....

Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhhhhh Cair nampaknye logam itu. Kecewa lah lelaki itu, Maharaja dan tuan puteri...Muncullah lelaki ke-2.....

Maharaja: Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu?

Lelaki#2: Hamba membawa batu berlian. Menda ini lah yang paling keras dalam dunia. Pada masa akan datang, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan untuk memotong besi dan digunakan untuk menggali minyak di dasar lautan.

Maharaja: Kalau begitu, biar puteri Beta mencubanya.

Lelaki#2: Silakan.! ....

Maka puteri itu pun memegang le berlian tersebut. Ahhhhhhhh Cair jugak berlian itu nampaknya. Kecewa la lelaki itu,
maharaja dan puteri. Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya... Kemudian muncul lah lelaki
yang terakhir. Eh!! Dia datang berlenggang je tanpa
membawa apa-apa pun!

Maharaja: Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa datang berlenggang je?

Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda
hamba tu ada dalam poket hamba ini.

Maharaja: Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri Beta cuba memegangnya.

Lelaki: Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, seluklah dalam poket hamba ini...

Maharaja: Hmmmm....Kalau begitu, baiklah!

Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket
lelaki itu. Puteri teragak-agak sebab puteri tak tau apa yang ada dalam poket lelaki itu. Kemudian puteri terpegang sesuatu...Mukanya merah menahan malu. Lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja
hairan...Maharaja tanya puterinya

Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?

Puteri: Dapat....

Maharaja: Benda tu cair?

Puteri: Tak....

Maharaja: Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki
ini menjadi menantu
Beta!

Lelaki: Hehehehehehehehehehehe.......

Tapi.....Apakah yang puteri itu pegang?
Kenapa lelaki itu ketawa?
Dan kenapa benda tu tak cair?
Apakah yang korang rasa puteri itu telah pegang?
Apa yang korang terlintas dalam kepala korang
haaaaa?
Hehehehehehehehehe.....









BENDA ITU IALAH------ COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TAK
CAIR DITANGAN!
KORANG INGAT APA?
OTAK TU BIAR BETUL SIKIT AAAAA...
TAK SESUAIII TAU KORANG
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEEHEH
SEKIAN TERIMA KASIH!

CRITA NI AKU REMBAT DARI INTERNET JAK>> CREDIT KPADA PENULIS ASAL
(tak dinyatakan siapa penulisnya jadi aku tak tau siapa)

ceritera citra cita cita

antara cita2... atau idea gila.... ah! sakit hati.


Dec 23, 2009

asmara kentang & ayam (AKA)

WAHAHAHAHHAHAHAH!!!! macam tak senonoh tajuk post kali ni. ahahhahaha
sebenarnya.... tu la nama resepi masakan terbaru yg aku buat sendiri. WAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHAHA

cakap tak guna.. tembak tak kena... aku terus mula ajar korang yg mau belajar.. ORAIT???

OPPSSS!!! sebelum tu... aku kena la tunjukkan hasil masakan tu dlu kan... baru la naik semangat sesapa yg nak belajar buat resipi ni.

orait ni dia!!!!amacam... mengancam?? korang blum rasa lagi~~~~ kalau dah rasa~~~ knfem mencengkam! mengancam! terancam!

ok mari kita mulakan...

BAHAN-BAHAN

1 - dada ayam
3 - ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih (dicincang/tumbuk/hiris)
2 - sudu makan serbuk kurma adabi

3 - sudu makan cili boh
1 - dada ayam (suka hati korang la nak potong macamana)

4 - biji kentang (ni pun sama suka hati korang nak potong dia. tapi mesti kupas kulit dulu la hahahah)
1/2 - bawang besar atau bawang bombay
3 - sudu tepung santan (santan packet buleh... santan fresh pun buleh.. kalau santan fresh tu agak2 dalam 5 ke 6 sudu makan dah cukup)
agak2 dlm 1 ke 2 sudu - gula
garam dan aji/micin secukup rasa.

wokeh! mari mulakan proses memasak!!

mula2 potong kentang dan ayam begini
potong elok2 la. jangan main tibai. tapi kalo korang nak tibai jugak .. lantak korang la. hahahahha aku pun main agak2 jer memotong ni.








lepas tu... panas kan minyak..
korang goreng dulu kentang... sampai agak kuning2 coklat. pastikan minyak tu betul2 panas. sebab kalau tak cukup panas.. kentang akan jadi lembik. bila kentang dah masak. korang goreng pulak ayam yg di potong tadi. jangan goreng sampai masak. agak2 nampak kuning2 sikit tu dah boleh angkat. supaya ayam tak terlalu keras nanti. ayam ni pastikan HALAL hahahahhaha. korang beli kat supermarket yg terjamin. kalau nak sembelih sendiri pun orait jugak. tapi kalau ayam tu bukan hak milik korang pun haram jugak tu hahahah. mana la tau korang hembat ayam jiran ker... ayam ketua kampung ker... haram jugak tu. wahahahahhahahahha DAN!! ayam yg berkeliaran di lorong2 gelap pada malam hari tu pun haram jugak tau!!! pelacuran adalah salah di sisi agama dan undang2 Malaysia. WAHAHAHAHAHHAHAHAHAHHA


langkah seterusnya.. panaskan minyak agak2 dalam 1 ke 2 sudu makan... table spoon kata omputeh. tumis bawang merah dan bawang putih yang di cincang tadi... tumis sampai naik bau taw. jangan naik nafsu. tu susah aku nak menjawabnya wahahahhaha










seterusnya... bancuh serbuk kurma adabi tadi degan sedikit air seperti ini










masukkan kedalam tumisan bawang cincang tadi. dan kacau sehingga bau naik dan kelihatan pecah minyak. kalau tak faham apekejadahnya pecah minyak tu. korang ikut jer sampai jadi macam dalam gambar disebelah tu. ada paham ka?







lepas tu.. masukkan cili boh tadi... gaul sebentar... agak2 bau cili ni dah menusuk idung... kau urahkan setegah gelas air. air paip ka... air masak ka... boleh jer.... asalkan jangan air bekarbonat atau air2 yang tak senonoh nak di sebut depan public. wahahahhahahahahhaha











tu~~~ yang dah di campur air... haaa gitu la rupa dia. dah macam tu... kau masukan gula... satu sudu gitu la...









kemudian masukkan bawang... biarkan sehingga mendidih.. kemudian garam dan ajinomoto secukup rasa... jangan telebih.. krang masin pulak sebab ada sesetegah chiliboh ni memang dah masin taw.






selepas mendidih.. masukkan santan. dan terus kacau.. sehingga kelihatan agak pekat..
bila dah sedikit pekat tu. masukkan la ayam kita tadi~~~~ haaaa...... dah nak siap nih~~~~ gaul sehigga rata... bila bawang besar kita tu dah nampak layu... masukkan kentang goreng kita tadi. gaul... gaul... gaul~~~~~ dan~~~~~~~~~~~


SIAP!!!!!!! dah boleh la korang mentekedarah!!!! selamat mencuba~~~~~~~~~~

matahari ku... ASSILA

entah berapa lama... malam tak pernah berlalu...
tanya ku:
berhentikah waktu?

matahari...
entah berapa lama... aku sudah lupa..
tanya ku:
beginikah hangatnya?

matahari...
entah berapa lama... aku buta...
tanya ku:
inikah dunia?

kau muncul dan genggam sayap ku..
setiap helai pelepah bulu...
kau usap satu persatu...
putih...
putih kah aku?
aku lupa.... entah sejak bila..
tubuh ini di selaput debu hitam.

kau lepaskan aku untuk terbang...
aku...
aku tak berdaya.....

kau ajarkan aku... untuk bangkit dan terbang.
aku...
entah kenapa aku tak mau..

tangan mu.. putihkan aku....
tapi debu ku... hitamkan tangan mu...
aku...... aku... aku diam..... menangis pilu.

bisa... debu ku sakiti mu...
racun.. debu ku racun... sakiti mu.
namun kau tetap terus putihkan aku.

kau ajarkan aku segala erti.
kau ingtkan aku tentang hati.
kau berikan aku... sebuah harapan pasti.

hati... rupanya aku punya hati..........tunggu...

berhenti dulu.....

apa ini?... apa di hati ku ini?

cinta??

terlalu lama..... hinggakan aku lupa...
beginikah rupanya cinta...

sakit nya adalah bahgia
peritnya adalah gembira
sengsaranya adalah suka.

indahnya..
cinta... begini rupanya cinta.

tapi...
adakah merpati bodoh ini...
langsung tak pandai membaca??

kerana CINTA yang aku ada ini...
eja nya adalah A S S I L A

Dec 18, 2009

yg dibuang atau ter-buang?

aku teringin nak buat dystopia related punya editing... huh... aku belum sampai ke tahap itu.... mungkin nanti.. bila aku punya WAKTU. hahahahahhaha kalau saja waktu itu boleh di miliki. jahanam. manusia memang pandai mencipta istilah yg sukar untuk di huraikan. kebijaksanaan kadang2 tampak seperti kebodohan... seperti juga aku tak dapat membezakan antara kebodohan dan keberanian....
menggadai nyawa hanya untuk satu 'nama'.... kau kata berani? atau pure stupidity? hahahahahhahahahahhahahahah

yang itu.

DIANTARA MEREKA ADA AKU.....

bila aku bernyanyi

bila aku menyanyi.
nyanyianku untuk dunia.
namun tiada siapa mendegarnya.
hanya batu. lalang. daun kering pinggiran jalan.

bila aku menyanyi.
nyanyianku untuk mereka. mereka.
ya. mereka tidak mendengarnya.
suaraku sumbang. nadanya pincang. ah. ketuknya semakin hilang.

syair ku tiada lagi.
dongeng hikayat ku tak berkias lagi.
puisi ku. ah! biarkan mati.

berbisik aku pada batu. lalang. dan daun kering pinggiran jalan.
hahahhahah bersahabat ku pada mereka.
si penghayal ini bahgia.

::mereka??

:kenapa?

biarkan saja.
aku telah berikan berita dan cerita.
biarlah mereka... aku suma si penglipurlara.
sial itu sial mereka. aku telah sampaikan berita dan cerita.
itu pilihan mereka.

Dec 15, 2009

Bella Luna

Bella Luna Lyrics
Artist:Jason Mraz

Mystery the moon
A hole in the sky
A supernatural nightlight
So full but often right
A pair of eyes a closing one
A chosen child in golden sun
A marble dog that chases cars
To farthest reaches of the beach and far beyond into the swimming sea of stars

The cosmic fish they love to kiss
They're giving birth to constellations
No riffs and oh no reservation
If they should fall you get a wish or dedication
May I suggest you get the best
For nothing less than you and I
Let's take a chance as this romance is rising over before we lose the lighting
Oh bella bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Do do do do do

You are an illuminating anchor
Of leagues to infinite number
Of crashing waves and breaking thunder
Tiding the ebb and flows of hunger
You're dancing naked there for me
You expose all memory
You make the most of boundary
You're the ghost of royalty imposing love
You are the queen and king combining everything
Intertwining like a ring around the finger, of a girl
I'm just a singer, you're the world
All I can bring ya
Is the language of a lover
Bella luna, my beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other

May I suggest you get the best
Of your wish may I insist
That no contest for little you or smaller I
A larger chance yet, but all them may lie
On the rise, on the brink of our lives
Bella please
Bella you beautiful luna
Oh bella do what you do
Bella luna
My beautiful beautiful moon
How you swoon me like no other, oh oh oh

Dec 12, 2009

If You Go Away............ Lyrics


If You Go Away Lyrics

If you go away on this summer day
Then you might as well take the sun away
All the birds that flew in the summer sky
When our love was new and our hearts were high
When the day was young and the night was long
And the moon stood still for the night bird's song

If you go away, if you go away, if you go away

But if you stay, I'll make you a day
Like no day has been or will be again
We'll sail on the sun, we'll ride on the rain
We'll talk to the trees and worship the wind
Then if you go, I'll understand
Leave me just enough love to hold in my hand

If you go away, If you go away, If you go away

Ne me quitte pas
Il faut oublier
Tout peut s'oublier
Qui s'enfuit déjà
Oublier le temps
Des malentendus
Et le temps perdu
A savoir comment
Oublier ces heures
Qui tuaient parfois
A coups de pourquoi
Le coeur du bonheur

Ne me quitte pas, ne me quitte pas, ne me quitte pas

But if you stay, I'll make you a night
Like no night has been or will be again
I'll sail on your smile, I'll ride on your touch
I'll talk to your eyes, that I love so much
Then if you go, I'll understand
Leave me just enough love to hold in my hand

If you go away, if you go away, if you go away

If you go away, as I know you must
There'll be nothing left in this world to trust
Just an empty room, full of empty space
Like the empty look I see on your face
Oh, I'd have been the shadow of your shadow
If it might have kept me by your side

If you go away, if you go away, if you go away

Please don't go away..................

lagu kegemaran aku... giler sedih.... huhuhuhuhuh ni versi inggeris untuk Ne Me Quitte Pas dendangan Nina Simone... versi asal dan versi ini mempunyai kekuatan yang berbeza... namun tetap merenggut rasa. huhuhuhuhu sedihnya~~~~~

Dec 9, 2009

something sweet... kah?

[click gambar untuk versi yang besar]

i made this sebelum yang poster judgementDAY tu. tapi tak sempat upload di blog. nah here it is. hurmm.... mungkin malam ni aku mengedit gambar dia lagi hahahahhaha..... melawan rindu... dia bz jalan2 dgn famili... so less time with me. ofkoz aku rindu.

new FAKE film poster

matahariku pergi bercuti bersama familinya di langkawi.....

i feel so alone.... so disconnected...

jd petang tadi aku decide nak buat something....
tapi blur....... aku rasa sunyi....

so i stare for hundreds of her photo.........

berjam jam lamanya....


akhirnya aku tfikir nak edit gambar dia....
make something sweet....

but then aku ternampak gambar dia yang satu tu..........

ada aura lara croft!!!!! (tomb rider) hahahahhaha so....

dari nak buat something yg sweet.....
aku terbuat something yang.... erm..... ntah la hahahahhahah


[klick gambar untuk versi yang lebih besar]




me: i miss u even more~~~~ (T_T)

Dec 6, 2009

jiwang ka? hahahahahha

hahahah... kenapa kalau segala yang lahir dari hati di tampal sebual label besar yang di jadikan ejekan atau mungkin sindiran.... terkadang terasa seperti makian... hahahhaha JIWANG...

simple word...JIWANG

tapi kadang2 sangat jelas memantulkan bayang bagai cermin pada yang melafazkan.

kau kata aku jiwang... adakah kerana aku jujur berkata tentang apa yang aku rasa?...

hahahahha aku ketawa.

kau pernah rasa kah apa yang aku rasa?
kau bukan aku dan pastinya aku bukan kau...

tapi aku seronok.... kerana kau membaca... walau tanpa kau rasa... kau membacanya....

tapi.... hahahhaha aku tak mau kata apa2.... tapi aku ketawa... terasa bodohnya aku kerana merasa terhina dengan kata2 orang yg daya fikirnya mungkin masih belum sampai suatu 'arah'... hahahahhahahahha aku ketawa lagi.

ok ok sori hahahahha aku bergurau saja... jangan la cepat terasa.... tapi aku tetap ketawa hahahahhaha

aku tak kata aku bagus. aku cuma meluahkan satu lagi rasa. hahahahhaha aku tetap ketawa.

kerana mungkin kau 'tak dapat tangkap' apa lapisan kedua dari apa yang aku tulis dalam posting ini hahahahhahahahahhaha ia tak berlapis pun hahahahhah ia sangat terus. cuma aku berfikir tak lurus hahahahah

ahahhahahha kenapa aku ketawa..... hahahahahhaha kerana aku.... hahahhahah tak payah aku jelaskan kenapa... kepada yang faham tu korang pasti akan ketawa juga.

Nov 21, 2009

Ang Panday: sebuah tong sampah

dah lama tak review filem (bleh kata review ke...? lantak lah... kali ni pendek jer. sbab its a trailer. ada banyak info aku lank letak kat sini tapi... nanti lah.. skarang tgh malas....)
ni adalah filem Filipino. upcoming. kenapa aku cakap tong sampah??? tak merbaksud its a bad movie la...

well... kalau korang dah tengok RESIKLO... korang akan faham. sebuah filem kitar semula dari beberapa filem. tapi.... its kinda like guilty pleasure bagi aku. aku cepat jatuh cinta pada filem epic yang eye-candy. tapi mesti original.

tapi filem ni... seperti juga resiklo... tak original. banyak meniru/ sadur... or whatever you want to label it... walaupun kitar semula dari segi scene, effect, idea.... tapi jalan ceritanya di olah sebaik mungkin. aku kagum..... its about time dorang buat filem dengan idea cerita sendiri. sbab bagi aku dorang punya effect untuk filem ni dah cukup hebat.

you be the judge... tengok trailer ni: http://www.youtube.com/watch?v=aTr4m4f-fgU



kadang2 aku akan letak video dari youtube kat blog aku ni. tapi sebab aku link blog aku ni ke facebook dan facebook tak dapat embed video kat NOTES dia. jadi video tak keluar. jadi aku letak URL video jer kat sini supaya pembaca di facebook bleh click dan tgk sendiri kat youtube. atau korang (yg dari facebook) bleh click View Original Post dan korang akan terus dibawa ke blog aku.

Nov 13, 2009

lama jadi baru

bosan... otak beku.... jadi aku edit gambar2 lama... jadi baru....
[click gambar untuk versi yang lebih besar]







dari lensa k810i ku (edited)



*** aok mellllll! kau lah ya... dgn baju kuning hutan sepilok kau ya.~~~

Nov 9, 2009

sad... till the last bite... (HA??)

toblerone yang aku sangat suka!!! ermm... aku habiskan perlahan-lahan.... hisap... biarkan ia cair dalam mulut... terasa lemak susunya.... dan pejal2 coklat... dan kacang2 yang di kisar kasar... ohhhhh..... this is even better than.... toooootttttttt wahahahahahhahahahhaha GOSH!!!! this is soooooo..... whats the word! what is the WORD!!??? MELT!! im melting as the choc melts inside me... DAMN! that sounds awkward! wahahahahhahahahha

and then its comes to the last.... the best..... outstanding NUOVA tiramisu chocolate.... WAAAAARRRGGHHHH!!!!! its HYSTERICAL


coklat... aku suka coklat... aku seorang ChocoFreak hahahahhaah. tapi tak semua coklat.. dan beberapa minggu lalu... si kristal ku... si matahariku.... hadiahkan aku coklat... sedap sangat.. tapi di tengah nikmat sedap... tiba2 aku sedih....

(T_T) sedihnyaaaaaaa....... coklat ni sangat sedap!!! huhuhuhuhuhuhuu. no more chocolate for me after this (konon).... so i can remember... linger... the taste of its sweet smoot dairy... a bit bitter... COKLAT YANG SEMPURNA! SANGAT SEMPURNA!!! huhuhuhuhhuhuu aku dah puas carik kat bandar kuching ni.... tapi tak jumpa!!!!


me: i miss my sayang....

Nov 8, 2009

1st of many. (kot hahhaha)

facebook... hmmm... zaman skarang ni... hampir smua orang ada facebook....

tak kesah la nak guna untuk jadi portal korang berkenalan, bisnes, atau supaya rasa tak ketinggalan. ataupun untuk berkenalan degan gadis atau jejaka yang berwallet tebal dan kau benjelma menjadi satu benda yang biasanya diguna untuk betis, pipi, dagu, betis, ketiak, dada(?), dan kemaluan wahahahahahhahaha. bukan ubat gegat la!!! PISAU CUKUR!!! WAHAHAHAHAAA just kidding.


naaa merepek lagi aku ni.


aku suka facebook sbab ada mafia wars dan farmville wahhahahahha. tak lah! aku suka facebook sbab aku bleh nampak mcm2 jenis manusia... dan lebih menarik... aku bleh nampak personaliti manuisa berubah bila disebalik tabir... alter ego.. atau just plain hypocrisy.

dan aku sangat suka orang 'menulis' hahahahhaha

tadi ada sorang kenalan.. kawan skolah dulu.. tulis sesuatu kat wall dia. hehehehhe.... dan secara tiba2 otak aku ligat mencerna dan berfikir. maka terjadilah sesi berbalas atau aku lebih suka panggil REMIX version... (kalau di baca... tak mix pun.. tapi kalau lagu2 omputeh slalu labelkal lagu yg sama rentak, sama irama di ubah semula.. they called it remix! ahhahaha)



aku harap dia tak marah.. coz dia taip kat facebook kan? so maksudnya open untuk sesiapa saja yang nak membacanya..


ni kawan aku tulis...

~dia bukanlah yg teristimewa, tp dia slalu ada dihatiku....dia bukanlah yg kucinta, tp kasihku selautan buatnya....kucantum serpihan diriku yg rapuh dimamah waktu, dalam pencarianku untuk menemukannya....namun saat kutemukan dirinya, dia sedang berbahagia bersama yg lain....dan seperti aku ini, telah hapus dari benaknya.....~

--------------------------------------
and aku balas macam ni....
--------------------------------------
wow.... thats sad... here let me do the REMIX yow! yow! mic check one two... redi ka? orait here it goes~~~ hahahha macam nak belagu rap pulak. hahahha

dia hanya si 'biasa'... dalam sebuah cerita biasa.

tak terlintas di fikrannya akan jadi watak BINASA.

jangan kau tanya soal cinta...dulu dia tak tahu apa artinya...
atau bahkan... mungkin... sebenarnya dia gugup mendegarnya.
karna itu tiada langkah yang di orak nya. takda kata yang lisan nya...
atau mungkin juga dia buta pada 'penanda jalan' di kiri kanan nya..
hah! dimana kebenaran nya... bacalah di antara garis2 nya.


dia hanya si 'biasa'... bukan si belanga...
kisah dongeng atau nyata. dari lisan si pengembara..
cinta... hah! gigil ketawa bukan gembira. tapi meludah pada nasib dirinya...
kisah nya tak pernah di canang. tak pernah di jolok goncang.
maka hikyatnya hilang dalam hembusan putran roda waktu yang kencang...
dia hilang...
pada sang "agung si pemerhati" yang maha mengetahui...
hanya dia yang tahu... sakit si 'biasa' itu...
menaggung hembatan cemeti rindu.


dia hanya si 'biasa'...
ceritanya dia simpan. kasihnya dia pendam...
melangkah dia jauh. mencari satu kemaafan...
dari dirinya.. untuk dirinya...


dalam suram...
gelap siang dan hitam malam... datang si matahari menyinar.
maka pergilah si awan hitam. berhentilah si dingin hujan...
sinar.... oh hangatnya sinar.
jalan di hadapanya tak lagi suram. darah lukanya tak lagi kelihatan...
parutnya...
mulai hilang.
maka di teruskan kembara si biasa itu.
bersama senyum dan nyanyian riang.


gembira? dia gembira?
tidak!! dia tidak gembira... tapi dia bahgia.

namun luka tetap berparut...
parut itu adalah sejarah...
dan pada kata sejarah... maksudnya 'pernah'

dia tak akan lupa... karna dia pernah.
dia akan terus ingat... karna dia pernah.

si biasa tidak meluka... jauh juga untuk meyiksa..
dia hanya melangkah seperti biasa... karna baginya....
penyesalan hanya membawa derita...
katanya... prinsipnya...adakah kau genggam gelas dan lindunginya?
atau kau biarkan saja di hujung meja dan kau lupakan ia?...
dan bila berderai terhempas sang gelas itu...
dan kau mula merasa kehilangannya??...
oh.. satu lawak jenaka! seluruh buana gegak gempita!
ketawa tapi tak gembira. senyum tapi tak bahgia...


owh ya... aku lupa... adat manusia

tak tahu apa dimilikinya... sehinggalah hilang semuanya.

si matahari masih bersinar terang... "tunggu aku" kata si biasa... jangan terbenam dulu.. kita bersama 'merentas waktu'... dan bila malam datang nanti.. akan ku tunggu... akan kusambut sinar pagi mu. dan sekali lagi kita memburu waktu.

-------------------------------------------------

hahahahahhaha konon2 puitis... PTUIH! ada la. aku bukan PENULIS. aku cuma suka menulis. entah bagus entah tidak. aku hanya menulis.
gabungan partly fact and partly fiction yg berlaku dalam idup aku jugak sebenarnya. which is which? well..... go figure!!! hahahahahaha

Sep 25, 2009

SLAMAT HARI RAYA! wah dah lama tak update blog

berkurun dah rasanya tak update blog.
entah kenapa aku asik teggelam timbul ni... mungkin aku tau apa sebabnya.. tapi... ah! persetankan itu semua!

so? macamana raya? ok?
aku? biasa jak... macam tahun2 yang lalu. cuma 1st day of raya agak happening jugak. smua adik beradik kumpul. and its riuh gila. esoknya yang bujang2 ni konvoi reramai ke rumah kakak2 yang dah kawen. somehow aku rasa best sangat.

lately...aku tak tau kena sampuk dek hantu apa... tertarik nak join PTC (paid to click)... dulu2 pernah jugak join autosurf waktu dia tengah hangat dulu. merasa jugak la seribu dua tiap2 bulan. tapi bila banyak kes orang kena tipu. kena scam. banyak web autosurf kena block. sejak dari tu income dalam paypal aku pun terhenti. damn!

that time...(now pun) aku sangat sakit hati dgn orang2 yang bodoh 'itu'. scam ada dimana2. tapi kenapa ada yang masih dapat keuntungan dari internet? sebab tak ego. tak malu bertanya. tak bodoh sombong. dan! yg paling penting! dorang tak membabibuta! kalau nak join... kalau nak invest... the most important thing is jangan malas nak cari info dan buat research! namanyapun nak cari duit. duit bro! duit! something yang kita usaha degan susahpayah. kalau nak bagi duit kat orang demi mendapat pulangan, kena buat reasearch dan jangan malu bertanya. carik la orang2 yang dah berpengalaman di forum2. ada banyak. yang paling teruk dulu kes swiss cash. bapak kawan aku bengkek giler bila malaysia block web swiss cash sejak beberapa tahun lepas.. mana tak nya... brapa ratus 'K' USD terpaksa dibiarkan begitu saja... punca asal nya banyak orang report kata swiss cash ni SCAM.... tu la aku cakap... bodoh! join membabibuta dgn orang2 yang meggunakan nama seakan-akan swiss cash.. research bro! reasearch!!! . swiss cash is NOT SCAM! kat negara luar goverment dorang siap sokong lagi mana2 investor yg nak join.

dah la malas aku nak membebel... skarang aku nak try dulu. menurut dari otai2 online biz ni.. dorang bagi aku beberapa PTC yang boleh di percayai dan terbukti telah memberi pulangan. nak jugak? karang korang cakap aku pulak try to scam korang... nanti lah kalau aku dah dapat bukti pembayaran... aku tunjuk korang account paypal atau alertpay aku... lgpun aku join free account jer. memang lambat... blum cukup duit nak upgrade ke premium account. hm... mungkin aku akan buat satu lagi blog khas untuk benda ni jak.

dah dah dah. aku post balik blog ni bukan nak cakap pasal tu.. ( aku ni suka btul off-topic) okeh... sementara raya blum abis... mungkin ada yg dah start kerja... tapi syawal masih lg kan. so aku nak ucapkan slamat hari raya. mintak ampun mintak maaf kat korang kalau ada termakan minum. terpeluk cium (aww~~!! hahahha ). tercaci maki. aku ni pun manusia. bukan perfect.

selama aku tak post apa2 kat blog ni ada banyak movie2 lama dan baru aku dah tengok. karang aku review la dalam post2 yang akandatang. review aku ni pun bukan apa2. kalau bandingkan degan si Fadz di tontonfilem.blogspot.com tu... sangat jauh bezanya. review aku ni tahap tisyu lap bontot jer. tapi aku peduli apa. walaupun tak banyak ilmu pasal filem. tapi aku tetap mahu dan ingin berbincang dan suarakan apa yang aku nampak, apa yang aku rasa, dari sebuah 'kanvas' filem. aku mahu belajar... tak semua orang nampak benda yang sama. kau nampak BULAT. aku nampak SFERA. kau nampak segi empat. dia nampak kotak.... ayat aku ni pun tak smua orang dapat tangkap. itu bezanya aku kau dan dia. kita sama tapi tak serupa.... naaaahhh mula dah aku nak bercakap bebelit perasan pujangga. cis! aku mmg suka. nak buat mcmana.

ok cukup posting boring aku yg terbaru ni. karang2 aku post lagi.
SLAMAT HARI RAYA!!!


p/s: masih merindui... sangat merindui... karna aku sangat mencintai... arrgghhh!! bla la duit nak cukup untuk aku meminang si gadis pujaan ku. puteri papar! wahahahahhaha

Aug 3, 2009

dalam kenangan

perginya seorang lagi insan yang aku senaraikan dalam list "orang yang mesti aku jumpa sebelum aku mati" tapi nampakanya tuhan lebih menyayangi dia.
aku.... aku rasa sangat kehilangan. tak akan ada lagi 'sesuatu' yang aku cari2 dalam filem2 melayu tanahair....
aku.... huhhhh.......... aku.... rasa kehilangan................. al-Fatihah.

Jun 29, 2009

apa aku nak letak tajuk ni??

yaaaaa....... skali lagi aku menghilang... dah kembali lagi.... aku kemana?? entah lah... aku ke suatu tempat yang tandus... pelik... sunyi... gelap.... panas dan dingin.... burung terbang dan bulunya terbakar... angin bertiup dengan debu hitam.... matahari sentiasa terburu buru ingin tenggelam... pokok tumbuh pucuk... tapi kering sekelip mata... rumput... patah tulang2 nya...

semakin lama aku semakin di telan oleh semua rasa.... dan ada diantara rasa2 itu aku mula lupa bagaimana 'rasanya'.... adakah aku mula 'mati'?.... mungkin?

huh..... aku tak ingin jadi begini! aku tak mau jadi sepi! aku tak ingin jadi sunyi!!!!
tapi........
seperti lendir hitam mula merenggut setiap anggota ku. menelan aku sedikit setiap waktu... tolong!! tolong selamatkan aku!!!!!

Jun 10, 2009

4.46 A.M

hari ini sekali lagi aku tak dapat tidur... ngantuk? sebesar zarah pun takda...
hm... otak serabut.. ntah apa yang aku kusutkan ni....

owh ya.. pasal movie angels and demon..
ermm... aku lebih suka novel nya. lebih 'menggigit'. mungkin karna durasi filem yang terhad jadi terpaksa di buang some part dan di ubah some part... tak banyak yang aku nak cerita pasal filem ni. sebab apa yang aku rasa sewaktu baca novelnya tak sama dgn movie nya... komen lebih2 karang... aku pulak yang kena blasah... maklum lah... ini movie yang berlatarkan agama... bukan agama aku... ending nya aku tak berapa suka... made-up war solah2 illuminati bangkit smula dan menjatuhkan vatican tu sangat tiba2. alangkah best kalau betul2 perang antara kedua musuh lama ni filemkan. pergh mesti epic gila! mungkin Dan Brown tak cukup sumber nak tulis fiksi untuk itu hahhahaha...

aku bukan peminat star trek. tak satu pun filemnya aku tonton. tapi entah kenapa aku rasa teringin nak tengok star trek terbaru itu.

terminator salvation... FUIIIYOOO!!! cool gila! orang kata christian bale sangat kayu... tapi agi aku dia kayu yang tepat untuk watak john connor yang telah matang! dan aku suka macamana masadepan berubah terkait dengan kedatangan kyle reese dari masa depan dalam filem pertama. banyak isu2 yang aku suka dalam filem ni. mungkin aku akan buat review nanti bila ada masa.

transformer... ini filem kesukaan kristal bercahaya ku.. dan yang kedua ni mungkin dia tak berapa suka... karna mungkin agak meleret ceritanya.. tapi nampaknya gayanya dia suka filem2 oleh Michael Bay si pakar letup2 dan lompat2 dan langgar2 dan tembak2. walaupun dia tak kenal siapa Michael Bay tapi dari apa yang aku teliti... dia suka filem aksi yang ada teen love... erk??... ya btul. aku blum tengok movie ni... rasa exited jugak. harap2 bukan cuma sebuah filem robot yang kosong.

damn! dah jam 5.11 a.m... mata tak mau tidur...

p/s: sayang... dlam sunyi subuh ni... dingin embun pagi.... papa sangat terasa ketiadaan mu di sisi ku.

Jun 7, 2009

3 a.m (ini bukan tajuk lagu eminem tu)

dah namanya hidup... memang ada up & down nya... tapi bertalu-talu down yang aku jalani... quite fed-up... tapi tak la down macam papan longsor di taman permainan kanak2 tu... ada la naik sikit kadang2... tapi julat down nya lebih panjang.... damn!... owh that word.. ntah kenapa jadi sangat menyakitkan bila aku sebut...

cita2 terhalang lagi... apa patut aku buat... dah takda simpang di kiri kanan ku... dan jalan yang sedang aku lalui... setapak demi setapak... semakin sempit.... awan hitam mula berarak... nun di horizon jalan ini.... kilat sabung menyabung.... lampu jalan mula malap... ada yang flickering... ada yang padam.... entah aku harus berhenti untuk mengelak badai... atau teruskan dan di panah petir.... ya aku tau... kau kan kata...

"adat pengembara... di sebalik badai akan ada tempat tenang dan menyenangkan... kalau berenti kau mengelak... bererti kau kalah sebelum berjuang"

tapi aku dah berjuang tak terhitung banyaknya... belum juga aku sampai ke kawasan yang aku idamkan itu... huh....

jarum jam di tangan aku... jam 3 pagi.... hati gundah.... gelisah.... bak mata air terus mencurah.... esok pagi... ada dua insan akan bersatu... keduanya kenalan ku... jika tuhan izinkan... hingga ke anak cucu.... aku..... aku........ belum waktu ku.... entah bila.... harap dia setia menunggu.... tapi aku tau... dia tak dapat menunggu terlalu lama.... huh... adakah itu metafora untuk sesuatu yang akan menghancuran apa yang telah tinggal hanya serpihan ketulan daging yang semua orang panggil hati ini... kalau ia.... itu pasti sangat menyakitkan... karna aku dah tak punya lagi.... hanya ini... cebisan kecil ini... yang aku berikan hanya untuk dia....

AAAHHH!!!!!!!!!!!!! kenapa aku jiwang meleleh ni??!!!

mungkin karna demam ni.... ya aku demam..... dan makin teruk...
mungkin aku period... hahahahhahah eh! lelaki pun period tau... tak mcm pempuan la... tapi bila fikir2... ada masanya lelaki akan kuat mrajuk... sensitif gila babi... cemburu nak mampus... cakap bukan2... hurt people around them... after certain time... dorang dah ok balik... menyesal.

shit! aku benci post-flu.... sblum selsema akan ada air memeleh dari hidung tanpa henti... nak tidur pun susah....

ubat demam.... AKU TAK MAU TELAN!!! aku jadi megantuk all the time! itu buat aku takda masa nak bersama dia yang aku sayang....

tapi esok.... adakah dia akan ucapkan aku selamat pagi.... ketika aku buka mata... adakah dia akan bertanya keadaan ku.... ucapkan semoga aku cepat sembuh.... adakah... mungkinkah.... mungkin.... sebuah kemungkinan.... ketidakpastian... hmmmm.... mungkin tidak...

aku sangat merindui dia.... ah! aku jadi jiwang lagi... pening... perlu baring... harap2 mata akan terpejam.... because...

high fever + insomnia = nitrogen + flame

me: berjauhan ni macam makan gula2.... manis sedap.... tapi banyangkan makan tanpa henti... walau sedap... tanpa henti.... ya.... boleh mati wo! kencing manis nanti.... renung2kan dan slamat beramal~~~ eh? mcm pnah dengar??

May 22, 2009

kemana aku menghilang

aku tak ilang pun... cuma aku jatuh kedalam 'rabbit hole'... tangan terikat... kaki trpasak ke bumi... cuma mampu mendongak.


hidup aku agak sukar sejak dua menjak ni.... insomnia aku paksa... mesti tidur. barulah otak dapat berfikir dan lebih kreatif.... tapi i end up dgn pagi yang sangat memenatkan... rasa sangat penat macam tikus berlari dalam kincir tanpa henti..


macam bisa... aku ke kebun untuk mengurus tanah... tak biasa kerja berat... tapi aku buat mana yang termampu... aku tau tanah ini akan jadi salahsatu gate of a path yang akan mencerahakan masa depan aku yg sangat kabur skarang ni... cuma perlu kerja keras. harap2 semangat aku tak patah sekerat jalan. ya... aku tak kuat sejak kebelakangan ni. sangat fragile.

aku pernah kata dulu.... di kebun tu... view keindahan alamnya sanagt2 memberikan ketenangan pada jiwa aku.


ada banyak impian dan cita2 aku yang masih belum terlaksana... semakin umur ini meningkat... satu persatu jambatan untuk aku meniti kearahnya mula reput dan runtuh... aku tau... aku mesti bertindak cepat... namun pagar2 tol jadi penghalang... they say 'it' makes the world turns around... ya... aku setuju.

dah.. cukuplah dgn merepek aku yang lame ni...

Total Pageviews