Dec 29, 2009

AVATAR... dari mata aku


AVATAR Hate to love it

Kata2 yang berdegung dalam otak aku adalah apabila watak utama Jake Sully lakonan Sam Worthington... mimpi terasa lebih nyata... dan kenyataan lebih dirasakan seperti mimpi.

Ini bukan filem pertama yg menyebut perkara itu. Seperti juga watak NEO dalam the Matrix mempersoalkan apa yg dirasakannya pada “realiti” yg di laluinya stiap hari (sebelum dia menemukan jawapan kepada soalan ‘what is the matrix’).

Ok aku mulakan review...

Avatar... sangat eye candy. Aku suka. Menawan. Cantik. Exiting. Adrinalin? Kalau kawan2 lain.. mungkin yes!... Tapi aku... Boleh la~~~.

Secara jujur aku suka avatar tapi tidak mencintainya. Kenapa? Aku terangkan nanti. Aku dapat katakan avatar adalah filem yg.. bagus.. seronok. But its just that... mungkin kerana harapan aku sangat tinggi pada filem ini. Kegilaan aku pada filem2 epik lah yang menyebabkan aku agak sedikit rasa ‘hilang’ pada filem ini. Kalau kau kata ini adalah filem epik... tidak... shot2 yang jauh, dan penuh dengan details tak bermaksud ia adalah filem epik. Itu Cuma salah satu rempah nya.

Avatar bukanlah filem yang original. Sebuah lagi karya ‘kitar semula’ dari pembikin filem holywood. Dari plot. Babak hinggalah ke fahaman filem ini pernah ada dalam filem2 lepas. But hey... kalau dah semua aspek pernah di ceritakan dan pernah di buat.. memang takda yag tinggal dah. Jadi ini terpulang pada pembikin filem untuk lebih kreatif mengolah sebaik yg mungkin sehinggakan kita merasa segalanya baru.

Idea cerita ini sangat biasa. Orang luar (sky people) bertemu puak native (na’vi) dan menjadi pahlawan. Dan pahlawan menyertai native. Konsep yg telah berkali2 di bikin filem. Ingat OUTLANDER? Namun ia di olah dengan baik. Bagi aku watak jake sully sangat berkesan. Dan lakonan, gerak tubuh, dan suara Zoe Saldana sebagai Neytiri sangat best! Aku suka!

Dari aspek rekaan, aku sangat suka AVATAR. Segalanya di cipta se detail yang mungkin.. truly eye candy. Rekaan tumbuhan, set, senjata, mesin, dan puak na’vi tu sendiri..(aku tiba2 teringin nak tengok na’vi girl yang comel chubby gebu.. gosh.. thats gonna be damn sexy... pasti akan aku cari posternya dan tampal di dinding bilik aku.... erk..... erm.... ok tu Cuma fantasi aku. So what?)

Sigourney Weaver!! Rindunya aku pada dia. Sejak filem ALIEN. Dia adalah the original lara croft bagi aku. dia memainkan peranan agak besar dalam fielm ini. Tetapi ada satu babak dimana mereka berpindah ke sebuah pulau terapung untuk meneruskan kajian tetapi sebenarnya adalah untuk ‘mendidik’ jake supaya mula mencintai pandora. Disini entah kenapa aku rasakan ambience keibuan dari Sigourney Weaver. Hahahahha aku suka babak itu.

Ok.. just that...

Tapi... mungkin avatar cantik. Tapi tidak ‘sangat’ cantik. Maksud aku ia adalah filem fantasi yang baik. Tapi.. untuk menjadi filem epik yang baik... tidak.. ia masih tidak dapat menandingi atau menyamai kuasa epik Lord of The Rings. Mungkin kau akan kata keduanya adalah filem yang berbeza dan aku silap kerana mambandingkan sebuah karya berlandaskan fantasi klasik dan fantasi moden. But hey... review ini adalah pendapat aku.. pandagan dari mata aku... bagi aku untuk meghasilkan naskah epik.. terdapat beberapa rempah ratus yang mesti ada... macam yang aku kata tadi.. shot2 jauh yang luas.. binaan yang agung.. perkembangan watak detail.. konspirasi.. dan.. yg penting.. plot yang sarat padat mampat... dan untuk AVATAR.. aku rasakan plotnya terlalu linear.. Cameron seperti yang kita tau merupakan seorang pakar effect. Dan kerana ambisinya untuk mewujudkan pandora dan na’vi, dia merempuh jauh kedalam hutan teknologi sehinggakan dia menutup mata pada beberapa perkara dlam filem ini. Plot filem kitar semua ini semakin nampak seakan rip off dari dance with wolf. (fadz.. aku stuju. Aku pun rasa perkara yang sama). Tapi seperti filem2 cameron yang lain. Perkara yang ‘menjadikan’ segalanya sebagai satu cerita adalah konsep cause and effect. Segalanya di susun atur sehingga mejadi jigsaw puzzle yang lengkap dan boleh dilihat keseluruhan ilustrasinya walaupun tidak sebaik karya2 cameron yang lampau. Bagi aku karya terulung cameron adalah Aliens dimana watak ripley di kembangkan dengan sangat detail. Seakan2 dia betul2 watak yang hidup diantara kita. Begitu juga dengan filem the abyss (yang baru aku tonton ulang semalam) adalah sangat direct dengan konsep cause and effect.

Seperti yang aku katakan tadi.. avatar bukanlah karya original dan tiada yang baru.. terdapat beberapa “logik filem” yang lari dari landasan. Adakah hanya dengan tiga bulan sorang manusia kan jatuh cinta pada makhluk yang asing kepada dirinya DAN dalam tempoh sesigkat itu, seorang manusia akan dengan mudah untuk menolak waras nya dan bertindak menentang kaumnya sediri?. Bagi aku itu agak ‘weak’. Dan pada babak dimana puak na’vi bersama Jake mengumpul askar pandora... aku lupa.. sebuah planet yang besar ini pasti mempunyai puak2 indian.. erk... maksud aku.. puak na’vi yang lain... kenapa aku boleh terlupa? Kerana dari awal sehingga ke babak itu... Cuma satu puak saya yang di ‘tunjuk’.. seakan tidak wujud konsep “kampung ini dan kampung itu”. Ada juga idea2 yang kurang masak bagi aku... ia itu eywa si pokok yang merupakan acess point kepada seluruh jaringan network jualan langsung... erk?... maksud aku jaringan network seluruh dunia pandora. Eywa memainkan satu impak yg besar pada penghujung avatar. tapi tidak di tunjukkan pada pengawalan cerita. Ini mewujudkan plot hole.. jika benar pokok ini dapat ‘membantu’ kenapa shaman puak tidak pernah terpikir untuk ber komunikasi degan eywa sebelum ini? Babak2 ritual puak na’vi (seakan upacara bali.. aku lupa namanya) juga terasa FAKE. Kita di dedah bahawa puak na’vi ini percaya pada spirit dan keseimbangan. Mereka juga memiliki ikatan pada alam pandora yang kuat.. (its what they do to survive) dan seorang shaman. Namun bila menyentuh tentang ritual2 ini tidak di tunjuk se-beliveable yang mungkin. Dan kerana itu babak ritual pada penghujung cerita terasa sekadar pertunjukan. Bukan ritual. Segalanya berlaku secara tiba2. Aku rasa kalau pada itu mereka duduk menyentuh tanah dan humming dengan nada yang sedih sambil menutup mata... itu dah cukup.. hey.. sometime less is more!

Aku suka avatar.. aku suka eye-candy nya.. aku suka khayal nya. Tapi aku mengharapkan kepuasan ‘panggung’. Kepuasan avatar tidak seperti menonton LOTR atau yg terbaru Distric 9. Bagi aku gabungan teknik janaan komputer dan lakonan sebenar kedua filem tersebut lebih mencengkam. Sesuatu yang ‘mati’ dan ‘tiada’ di gabung dengan baik sehigga wujud perasaan padanya. Aku tak kata avatar tidak memiliki perkara ini. Ia ada.. tapi tak banyak.. rasanya Cuma ada tiga.. waktu dimana jake berjalan semua setelah bergabung degan avatarnya.. keseronokkan ‘kanak2’ jake pada hutan pandora (sangat comel! ).. dan yang paling kuat adalah sewaktu Sigourney sedang nazak didalam bunker.

Kalau sebut nama Sigourney aku lebih suka panggil dia “si mama alien” wahahahahahhaha.

Begitulah avatar di mata aku. aku suka tapi tidak cinta. Tapi ia tetap sebuah karya yang aku pasti simpan. Disebalik teknologi yang digunakan untuk pembikinan nya.. dia mempunyai khayal yang seronok. Cuma kurang masak. Itu saja. Ia tetap sebuah filem yang enjoy. Percayalah. Kalau kau adalah punya fetish kepada dunia fantasi sebegini.. primitif spiritual tapi moden, senjata besar dan canggih, letupan besar.. kau pasti suka filem ini.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews