Feb 25, 2006

gatal tangan

click on image for larger version..................

tengah bosan2 nie layan plak bila 'main' dengan adobe photoshop.... buat wallpaper.... biasalah... browser kesayangan yang aku rasa terbaik stakat nie..... firefox!.... bukan terer sangat pon... sesaje gatal tangan....

nie plak tak tau nak buat apa.... sesaja buat... bleh jugak buat wallpaper.... kasik BG desktop korang warna itam then tarok gambar nie... jangan stretch.... pilih center... ha... kan best... kalo korang nak ubah pun bleh... lantak kau la...........

Feb 21, 2006

KADANG2...........

kadang kadang
kita melatah.....
melatah bila melihat telatah yang kita anggap sampah melimpah limpah dijadikan juadah mata yang kita anggap ramah............

kadang kadang
kita lupa.....
lupa akan rupa saudara kerana kita asik mengejar salah mereka yang akhirnya kita rupanya yang berubah rupa menjadi mereka...........

kadang kadang
kita hanyut.....
hanyut dengan rasa yang diguyut oleh rasa takut yang tak kunjung susut walau waktu kian surut tetapi kita tetap menurut pada rasa yang datang dari perut..........

kadang kadang
kita salah......
salah mengartikan falsafah diri dan arah kompas fikiran yang membentuk sahsiah sebagai khalifah yang akhirnya kita yang menumpahkan darah saudara yang se arah!

kadang kadang..... kerana itulah maha bijaksana mewujudkan akal..... kerana akal juga bermaksud rasional.... gerbang keamanan.... pembuka kedamaian.... mukaddimah kepada hadiah yang kekal......

Feb 17, 2006

WHA!!!!!!!

baru lepas lepak kat blog afdlin shauki just now.... pergh! 'berapi2' aku bila baca pasal PGLTM (Puteri Gunung Ledang The Musical).... apa tak nyer... dengar2 (tu jer yang aku mampu buat) best giler... sampai leh celen Brodway nyer. memang kredit gilababi....

arrrggghhhh!!! ni lah sakit nyer idop kat bumi borneo nie! banyak menda yang aku terlepas! sakit ati jer... arap2 diorunk buat DVD or VCD teater nie1 walaupun feel dia tak sama.... huh kalo live jauh sama skali persamaan dia.... dari memacam segi la... kepuasan, penghayatan, nilai peribadi, dan kengerian dia... huh jauhhhhhhhhhhh tak sama lagsung ngan nengok kat tv.... but... at least nengok gak...

apasal la tak buat kat Swk nie... tapi bagos gak tak buat... kat swak nie sebagus mana pun... kalo bab teater nie brape kerat jer.... boleh kira ngan jari lah penonton yang datang.... betul... kalo konsert ke gig ker... pergh ramai nyer ngalahkan koloni anai2 plak....
huh... mati akal nie.... dah... aku nak kuar ah... melayan shahdu sedih yang teramat nie... tak bleh nengok PGLTM....

Feb 9, 2006

D-War update

nih poster dia.... yg brown to lama nyer.... yang gray tu baru.....
(click image for larger version)



nih screenshot ngan poster D-War yang baru.... pening gak nak carik menda alah nie...














Feb 4, 2006

LOve but Hate... or... Hate but Love

How Friends Break ?

Both Friends will think the other is busy and will not contact thinking it may b disturbing.

As time passes both will think let the other contact...........

After that each will think why should I contact first.

Here ur love will be converted to Hate.

Finally without contact the memory becomes weak....

and...They forget each other. ...

On a fine Day they will meet n blame one another...

a friend sent this.... so... aku rasa baik share it with others... sebab aku rasa benda nie betul2 terjadi... tak penah jadi ngan korunk ker?.... aku...? yes! penah! dan sedang berlaku pada diri aku.... wop! wop! bukan aku nak nie berlaku tapiiii.... its like... aku dah cuba contact/call/sms/email... no answer... errr... ada lah jugak dia balas tapi... skala dia macam 1:100! and setiap pengakhiran balasan di hias ngan 'im kinda busy' or 'got to study' or 'got some important stuff' or.... wutdahell!!!.... ok! ok! aku tau la... aku pon tak kesah sebenarnya... tapi bila dah lama-lama.... there i found ayat ke 4 di atas betul2 tepat. 'come on la... bagi la dia peluang'... yes! kinda like thousand times.... kalo tak suka sound la direct... awal2... we been friend dah lebih 8 tahun... and what... it been 8 years of toture to you huh? huh? huh? just say it! spit it out!... hateful?............. yes!..... I HATE YOU! - HATE! - H.A.T.E. YOU!!!!!!!!!!


Feb 3, 2006

OCEAN BUTTERFLY (thai)

Ntah naper semenjak 2 menjak nie banyak filem berunsur kan makhluk lagenda atau fantasi dijadilan modal utk film maker buat filem.... mungkin sebab sifat semulajadi manusia untuk takut pada sesuatu yang tidak diketahui.... sebab prinsip manusia pada dasarnya adalah 'Seeing Is Believing'... sesuatu yang kita tak leh deny. (alah... aku pun minat gak citer2 gini... asalkan tak lari dari logik sesebuah filem)

nie ada sebuah lagi filem pasal makhluk lagenda atau fantasi.... dari Thailand... Ocean Butterfly.

citer nie baru realese kat thailand smalam.... errr.... terus terang aku bagitau i have no idea citer nie pasal apa.... trailer pun bahasa thailand... yang aku tau la... citer nie pasal pompuan yang selama nie hidup dalam masyarakat manusia tersedar rupanya dia berasal dari sebuah puak/spesis misteri dari laut dalam... sepanjang proses 'penyedaran' ttg siapa dirinya... banyak kejadian lucu (thailand typical) dan aneh. bermacam konflik berlaku kerana puak laut menginginkan dia kembali... penting sangat ker nia nie... (?)

filem nie banyak menggunakan kesan khas yang aku rasa berjaya digunakan dgn baik... ya lah... brapa banyak filem asia yang yang boleh guna CGI dengan bagus... kalo ada pun cam bodo jer aku tengok... (tak termasuk filem jepun ngan korea la... diorang tu dah otai la pasal CGI nie) utk seni fotografi dia lak... ermmm... best! tu jer yang aku leh kata... banyak adegan yang 'eye candy' atau 'jaw droper'.

karang kalo ada update aku update kan la... tu pon kalo aku free...hehehehe....





























kalo nak tau ngan lebih lanjut click nie OCEAN BUTTERFLY
tu pon kalo korunk faham bahasa thai la...

Feb 2, 2006

saja nak merepeksss 2


Bangun jer pepagi customer dah call..... warrrhhhhhggghh.... ngantuk nyer.... mandi.... menyarung baju t-shirt (streamyx) kaler oren lagi.... pegi kerja...... eh? kerja dah hari nie???? wah..... cuti tak cukup la boss..... takper kerja pun kerja lah... nak wat aper kan... boss suh kerja... tapi skarang nie dah tengah hari... aku kejer ke skang nie... ngadap pc kat cc jer... paham2 la mengular la tu....

bukannye apa... tengah takde menda nak buat. lepak kat opis pon bosan. ngadap muka boss aku yang tak seberapa ensem kalo di banding ngan aku. ey... apa nie jangan la puji lebeh2 kang tak leh taip lagi kang... ish... malu plak diriku ini....wakakakkakakakakkakak. citer aper kat wayang skang nie ek? Buli Balik dah tengok.... ha... Fearless aku lom tengok lagi.... malam karang la aku tengok... tapi korunk tau tak citer fearless tu dah kene potong sampai 30 lebih minit... mana aku tau?... aku tau la... aku ngan Jet Li to mmg kamceng dari kecik lagi... betul... kalo tak cayer tanye la aku...wakakakakkaka.... dia dulu sempat blaja buat nasik goreng pataya ngan aku... betulll....wakakakkakakak.... mende aku merepek nie....


owh korunk tau tak (nie btol2 la) kutipan utk filem Buli Balik dalam masa 6 hari jer dah 1.2 juta ringgit...... woo............ rekod tu....... tak cayer?? gi la blog Afdlin Shauki
(tokoh filem yang aku respek gila khinzir... luv u afdlin!!! kalo aku ada sen sok2 aku invest bikin filem sesama ---bila la.. agaknya--)
tak sabar2 nak dengar update nad menyaksikan karya afdlin yang dijangka one of his masterpiece SUMO-lah!

itu jer lah repekan aku buat mase nie... karang aku merepek lagi... tapi ingat kpd sesape yang nak merepek... terpulang lah korang nak kater/tafsir camner...yang pasti jangan jadi buta bila melihat & jangan jadi pekak bila mendengar, dlm apa saja yang korang lalui dan korang akan dapat mesej yang persekitaran korang ingin sampaikan...... ok chiao!

Feb 1, 2006

FILEM HEBAT KOREA

Ermmmm.... siriously aku cakap memula aku tak konfident tol ngan filem nie... ya lah... tengok dari background maker dia... (yang penah terlibat dalam 'menghancur kan' mitos yonggary. Tapi lepas aku tengok trailer dia....woooooooooo.... boleh tersedak air liur.... walaupun masih ada kelemahan pada grafik CGI (trailer yang aku tengok pun masih dalam format teaser lagi...)

crita dia pasal seekor ular(?) yang ingin menjadi naga... dan memerintah dunia.... (cam merepek jer)... mengikut sejarah/mitos 'naga' korea (setiap negara/benua ada mitos tersendiri ttg naga) sebelum naga, ia berupa seekor ular hodoh yang amat besar. untuk menjadi naga ia perlu memiliki sebutir mutiara yang dikurniakan oleh 'yang diatas sana' kepada manusia... so... pikir sendirilah... malas la nak taip pepanjang.

ok... ada sekor ular jahat nie... dia buat satu empayar pemerintahan(?) untuk carik dan dapatkan mutiara tu... dan kejatuhan era manusia bermula...ecccceeehhhhh....

kemaraan empayar ular nie kemudian terhenti... ntah tak tau apasal... jangan tanya aku... mana aku tau... citer nie blom main lagi (waktu posting ni aku taip)... dan ntah camner (lagi?) pencarian/peperangan ni berterusan ke zaman moden sekarang...

ok lah... ok lah... hish nyusahkan btol la... ni aku kasik sinopsis extended version nyer... kalo korunk tak hapal siap korunk.....

SINOPSIS:-------
Lima ratus tahun dahulu, di sebuah perkampungan kecil di Korea, seorang gadis bernama Narin telah dilahirkan dengan membawa Yeouijin dalam tubuhnya. Untuk memastikan gadis ini akan dimiliki/dimakan oleh Imoogi yang suci, Haram dan gurunya Bochun telah diturunkan dari langit untuk melindunginya. Haram telah dilatih oleh gurunya untuk menjadi pahlawan dan perantara bagi penyerahan Narin kepada Imoogi suci. Namun ketika Imoogi jahat, Buraki dan bala tenteranya menyerang kampong Narin Bochun mengarahkan Haram untuk membawa Narin kepada Imoogi suci (supaya Imoogi suci ini mendapat kuasa dan dapat menyelamatkan dunia). Tetapi kerana tersemainya bibit perrcintaan antara Narin dan Haram, Haram tidak sanggup untuk menyerahkan Narin kepada Imoogi suci dan cuba menentang Imoogi jahat dengan usahanya sendiri. Setelah Gagal berbuat demikian, Haram dan Narin membunuh diri dengan terjun ke sebuah jurang yang amat dalam.

Lima ratus tahun kemudian, di Los Angeles, pencarian Imoogi berterusan. Haram dan Narin dilahirkan semula sebagai Ethan Kendrick dan Sarah Daniels. Semasa penyiasatan berkenaan beberapa siri kemalangan aneh dilaporkan, Ethan secra perlahan sedar siapa dirinya dan kaitannya dengan kemalangan aneh yang menggegak-gempitakan Los Angeles. Apabila seorang wanita muda bernama Sarah tiba tiba muncul dan seolah mempunyai kaitan kepada siri kemalangan tersebut, Ethan mula mencari asal dirinya dan terpaksa menerima kenyataan bahawa dia adalah kelahira semula Haram. Sewaktu Imoogi jahat dan bala tenteranya menyerang Los Angeles, Ethan menolong Sarah melarikan diri. Tetapi Sarah sedar akan tanggungjawabnya; mengorbankan diri kepada Imoogi suci supaya ia boleh berubah menjadi Naga untuk menyelamatkan manusia. Walaubagaimanapun Ethan cuba meyakinkan bahawa Imoogi jahat boleh di tentang dengan cara lain.

pada waktu yang sama, anggota FBI Frank dan Campbell telah mengetahui plot serangan Imoogi, percaya bahawa Imoogi dan bala tenteranya muncul adalah kerana mengejar Sarah Daniels. Agen FBI itu pun dengan keras mahu mengobankan Sarah untuk keselamatan kota Los Angeles.

Semasa peperangan diantara manusia dan makhluk makhluk aneh ini terjadi di langit dan di bumi, Ethan dan Sarah mesti membuat keputusan tentang nasib mereka. Adakah membiarkan tamadun manusia hancur sekali lagi? Atau menurut apa yang telah ditentukan oleh catatan nasib?

ha.... amacam best tak sinopsis dia.... cakap luuu.... tapi stakat tu jer la.... hasil keseluruhan blom tau lagi.... pasal filem nie blom main kat malaysia lagi.... (tak tau la main ker tak....)

nak maklumat lanjut nih link dia D-WAR

Total Pageviews