Apr 27, 2010

fish in the sky hahahahahah

boring di tahap kronik!!! seminggu di rumah.. sendirian... nasib baik lah matahari pagi tu jauh~~~ kalau nda... aku tapau jer bwk balik umah... wakakakakakkaka...... jahat seh!!!

jangan pikir bukan2!!

aku tapau dia.. aku suruh masak, kemas umah, dan mandikan aku wakakakakkaka. aku kan budak lagi mana reti mandi sendiri. wakakakakakkakakak.

ok... cukup lah off topic. merepek jer memanjang.

kerana boring gila... jadi aku main photoshop la~~~~ la la la~~~~~

Apr 26, 2010

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer ke-2



yaaaaa.... trailer keduanya telah tiba...
still... suara naratornya SANGAT LEMAH!!! jangan guna bahasa inggeris kalau pronunciation tak gempak!!!... baik guna bahasa melayu dan cari orang yang memiliku suara sekuat vibe dan tempo seperti dato' rahim razali.... mungkin sebab dato' rahim razali dan di guna untuk trailer Puteri Gunung Ledang (PGL) jadi KRU tak mau guna dia... hmm.... but u gotta admit it.. dato' rahim razali punya suara dan pause-nya sangat berhantu! jalaluddin hassan juga punya vibe tapi tempo/pause suaranya tak natural... terlalu... mengada.

now expectation aku pada filem ni menurun drastik.
pertama... sebab filter/warna yang di gunakan... satu aku nak cakap... HD tak semestinya cantik!! ya!! tak semua filem akan nampak hebat kalau terlampau HD... kalau tak caya carik la filem2 yang di keluarkan dalam bentuk BLUE-ray. di VCD dia nampak hebat! tapi bila masuk ke HD.... semua terpampang jelas.... dulunya nampak filem yang sarat dgn detail... skarang kualiti video nya jadi macam drama cerekarama!!!! aduuuiiii sakit biji mata!

KRU please dont tell me that this is the Official Theatrical Trailer. masih ada masa lagi untuk orang render dan letak filter. gunakan filter kelabu dan coklat (war-ish). pelajari LORD OF THE RINGS... bukan dari segi teknikal... tu mmg kita tak mampu buat pada masa ni... tapi dari segi mainan warna.. perhatikan juga filter yang digunakan untuk filem GLADIATOR dan 300.... aku bukan nak benchmark filem kita dan filem barat.. tapi aku berharap korang belajar dari bahan yang dah sedia ada. orang akan kata aku ni mengagungkan filem barat... NO! aku mengharapakan something yang BESAR pada filem Malaysia... korang dah guna salah satu effect dari tutorial VIDEOCOPILOT untuk trailer pertama... dan VIDEOCOPILOT juga ada tutorial mudah untuk filter video yang murah jadi nampak seperti filem mahal!... epic-ish, war-sih dapat di hasilkan dengan haya menambah 1 filter layer dan mainkan opacity untuk beberapa babak yang terang dan gelap.. tolong lah... tolonggg lahhh.... aku harap sangat hasil keseluruhan yang baik.

kedua... satu naskah yang kuat pun akan kedengaran bodoh kalau pelakon tak memiliki kebolehan yang baik untuk menghidupkannya... OH MY GOD! aku kecewa. ni memang takbleh buat apa dah... dan kalau nak di perbaiki.... re-shoot akan makan masa dan kos yang selangit. jadi kemahiran dan ketekunan editor/penyunting/composer sangat diperlukan di sini. SANGAT!!! mainkan tempo dan pitch suara pelakon meggunakan audio authoring software yang korang ada. morphVOX adalah salah satu dari yang terbaik untuk itu (walaupun mungkin ia software murahan bagi korang). dialog Hughes Stephen Rahman itu sangat kuat kata-katanya tapi pitch dan eco langsung tak kena.

haduiiiiii...... aku kecewa... kerana production value filem ni sangat tinggi.. sangat detail... sayangnya kalau ia rosak kerana kurang di berikan perhatian dan perngiktirafan visual yang setimpal... huhuhuhuhuhuhuuuu KRU please.....

tapi apa2 pun aku tetap akan tonton filem ni bila keluar nanti... sebab aku dapat rasa ada 'sesuatu' untuk aku... kalaupun aku akan rasa patah hati. tapi... aku dapat rasakan ada something yang akan jadi pengubatnya..... entahlah... mungkin cuma satu 'harapan pelarian' supaya aku tetap ke panggung nanti. tapi..... huh...... (T_T)

Apr 25, 2010

udang tomyam masam manis (sweet and sour)

kepada yang baca blog aku ni melalui note dalam facebook. sila ke blog aku http://iniblogaku.blogspot.com/ sebab di note facebook tu selalunya gambar yang aku upload jadi berhamburan dan tunggang tebalik. entah kenapa bodoh betul note facebook tu.

hahahahhaha sekali lagi kita kembali di dalam rancangan SatuKetikaDiSudutDapur wakakakkakak
kali ni aku nak masak udang pulak.... entah apasal dua tiga hari ni aku asik makan udang... sampai demam!!orait seperti dulu aku akan tunjuk rupa masakan aku ni. ini lah dia~~~~~(^_^)macam mana? mouth-watering ka? hahahahhaha lantak korang la.
ok ni bahan2nya (aku main agak2 jer ni.)
**tips: memasak ni kalau dah mahir.. seorang tukang masak boleh mengagak berapa banyak kuantiti sesuatu bahan yg di gunakan.
aku ni tak la mahir. tapi dapat jugak agak2 kalau terlebih garam ka. terlebih aji ka. jadi gnakan imaginasi anda degan bertanya pada diri sendiri.
"macamana rasa benda ni kalau campur benda tu aa??"
jawapan soalan ni akan korang pelajari sendiri kalau korang rajin ke dapur~~ macam aku~~~ hahahahhahah


Bahan-bahan

udang - 1/2 kilo di kupas kulit.. buat mcm aku kupas tu. hasilnya akan cantik nanti.
(ni target untuk makan bertiga.. kalau aku... aku makan sorang2 jer.. jadi
pandai2 la kalau nak buat banyak tu kna la agak2 brapa banyak jugak benda lain yg mesti di tambah)

3 ulas bawang putih - hiris/tumbuk/blend2 ulas bawang merah - sama mcm bawang putih 1 batang serai - di titik/ketuk
2 hirisan halia - jangan tipis sangat taw
1 biji bawang besar/bawang bombay
- hiris besar
1 ketul kiub tomyam (maggi)

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili boh

1 1/2 air
garam dan ajinomoto secukup rasa

1 ikat kacang buncis (alaa.. yg macam kacang panjang. tapi agak pendek dan licin)
2 biji cili hijau (ni sebenarnya untuk naikkan bau jer)
3 biji tomato

WOKEH!!! mari mulakan memasak!!

cara-cara memasaknya

mula2 panaskan minyak.. tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.







bila dah agak kekuningan tu masukkan lah chili boh tadi dan tumis sehingga naik bau~~
kemudian masukkan lah tomato~~~ ya memang tomato kena masuk dulu. memang dia kan hancur. memang itu tujuannya. sebab rasa tomato la yang akan buat dia rasa agak masam tu~~










bila tomato dah agak lembik, masukkan la udang dan bawang besar. sebenarnya bawang ni boleh dimasukkan 5 minit sebelum korang nak angkat masakan. tapi sebab waktu aku masak ni aku kelaparan gila. jadi aku terlupa mana patut masuk dulu hahahahhahahha sorry.



gaul udang dan bawang tadi sampai rata. pastikan tomato tu sedikit hancur ya~~ supaya rasa masam manis nya merata

gaul sampai rata~~~~ terlalu kering?? jangan risau~~~ besarkan sedikit api dapur tu.. dengan cara ini. air yang tersimpan dalam isi udang tu akan terkeluar. ok... kenapa aku tak tambah terus air.. untuk sesetegah masakan, lebih2 lagi makanan seafood macam udang, sotong, ketam, dalam isinya tersimpan air yang agak banyak lebih2 lagi kalau dah pernah di beku. air ini yang buat aorma naik. dan dalam kes ini, udang. bau hanyair udang ni kalau terlalu kuat pun akan merosakkan rasa masakan. lebih2 lagi masakan masam manis begini.
tu~~~ kan aku dah cakap tadi. akan keluar air dia~~~ gaul sampai rata dan biarkan sampai air tu agak kering sedikit. api tadi biarkan besar ya.









ok bila dah agak kering air yg keluar dari isi udang tu... baru la tambah air, kiub tomyam dan sos chili. kemudian gaul sehingga rata. biarkan air mendidih dan sedikit pekat.

kemudian masukkan kacang buncis, dan cili hijau. gaul sehingga kacang buncis agak2 layu sedikit. jangan la layu sangat. agak2 rangup tu sedap. kalau layu sangat tak best la... masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. kalau ada yang tak makan ajinomoto tu. boleh guna sedikit gula. (ni yg aku belajar dari abah aku.. campuran garam dan sedikit gula akan hasilkan rasa yang hampir sama dengan ajinomoto.)



Apr 20, 2010

yang lalu



::kala ketika::

hilang! hilang... kata itu tiba2 hilang....

yang ada di penjuru nya hanya sudut tajam meyakitkan.

tapi aku tak marah.
tidak.
aku tak marah.

bukan cara ku untuk marah apatah lagi hanya rentak tari tersilap langkah.

mungkin kerana kembara layarnya baru melepasi pantai.
tapi ribut dan badai sudah bertubi menghentam.

tercarik layarnya, berderap tiang nya.
tak apa... perlahan ku jahit layarnya dengan lebih sempurna. ku tulang tunjang tiang nya.

sakit aku tau itu.
kerana aku juga merasanya.

dup dup..... dup dup............ dup dup......... DUP!!!
rebah menyembah tanah. merangkak.

[hitam]

arrgh!! silaunya...

>> this is the 2nd time! saya akan buat apa yg sepatutnya saya buat dulu

>>> please sir.. no.. not this time.. not now.

>> kalau ini berlaku lagi?? dan awak terus keras? mcmana?? dalam rekod saya, ni dah dua kali tau tak??!

>>> ok... but not this time... ok doc? please....

huh...... tidak ini bukan kerananya.
tapi kerana aku. terlalu pendam sehingga mampat. kerana aku tau sakitnya lebih sakit dari ini.

perlahan ku sulam lagi layarnya. aku tunjang lagi tiangnya.

kerana aku mahu dia sampai di seberang sana. merentasi segala karang tajam. ribut taufan. ombak kencang.

dewasalah

semakin dewasa lah...

bahtera ku ku tinggalkan di pertengahan...
bersampan aku patah pulang untuk tunjukkan jalan.

supaya nanti bisa seiringan. sampai ke pulau. perpijak di tanah yang di impikan.




to you: i heart you.



Apr 13, 2010

buku dan penulisnya


bukalah pintu hati.

tak sukar untuk di fahami.

kalau kita benar-benar mau mengerti.

yang terbuku itu adalah sejarah. dan kertas putih yg masih di depan mata ini. tulislah dengan cermat. biarlah perlahan. yang penting dakwatnya tidak berhamburan..... aku masih menulis. aku tau nanti ia pun akan tersemat dalam buku bersama berjuta lembaran yang lainnya. tapi biarlah yang terbuku itu nanti adalah sebuah kisah yang indah. bukan derita pedih.. parut luka yang kekal selamanya.

buka lah pintu hati.

tak sukar untuk di fahami.

kalau kita benar-benar mau mengerti.

tulisan lalu telah terbuku. ia telah terbuku. kenapa perlu kertas di depan mu itu kau koyakkan dan kau buang? hanya kerana lembaran lalu yang telah terbuku?. buka tingkap dan pintu kamar mu itu. biarkan sinar matahari terangi segenap ruangan. api lilin tak cukup terang jika benar kau mau baca semula buku sejarah mu itu... tapi berhati-hatilah bila kau hanyut dan alpa.. apinya akan membakar semua catatan dalam timbunan buku-buku yang berharga itu. bukalah tingkap kamar hati mu itu. biarkan matahari menghangatkan dan hilangkan kedinginan. dan sedarkan kau dari fikiran yang entah di mana. rasakan hangatnya. jangan berselindung di bayang sudut gelap kamar itu. membacalah dalam terang. supaya kau tak tersesat dalam membuat keputusan.

bukalah pintu hati.

tak sukar untuk di fahami.

kalau kita benar-benar mau mengerti.

Apr 4, 2010

belenggu



sebab aku takda komputer skarang ni... pinjam laptop orang yang... well... let say untuk kegunaan menaip saja..... hrmm...... jadi aku edit gambar ni hanya guna microsoft office picture manager...... tu untuk warna, mainkan brightness dan contrast, then midtone.... pastu aku guna paint untuk crop, font, dan minor editing..... hasilnya... aku suka. hahahhaha syok sendiri.
to all kawan2 di facebook... korang dah mentafsir bermacam2 cerita dari gambar ni.... some of it yes..... someof it pure merepekssssss.... hahahaaha. well..... aku suka... sebab secara tak langsung korang jadi mula 'membaca' seni visual haahhahahahha. aku suka.

Total Pageviews