Apr 25, 2010

udang tomyam masam manis (sweet and sour)

kepada yang baca blog aku ni melalui note dalam facebook. sila ke blog aku http://iniblogaku.blogspot.com/ sebab di note facebook tu selalunya gambar yang aku upload jadi berhamburan dan tunggang tebalik. entah kenapa bodoh betul note facebook tu.

hahahahhaha sekali lagi kita kembali di dalam rancangan SatuKetikaDiSudutDapur wakakakkakak
kali ni aku nak masak udang pulak.... entah apasal dua tiga hari ni aku asik makan udang... sampai demam!!orait seperti dulu aku akan tunjuk rupa masakan aku ni. ini lah dia~~~~~(^_^)macam mana? mouth-watering ka? hahahahhaha lantak korang la.
ok ni bahan2nya (aku main agak2 jer ni.)
**tips: memasak ni kalau dah mahir.. seorang tukang masak boleh mengagak berapa banyak kuantiti sesuatu bahan yg di gunakan.
aku ni tak la mahir. tapi dapat jugak agak2 kalau terlebih garam ka. terlebih aji ka. jadi gnakan imaginasi anda degan bertanya pada diri sendiri.
"macamana rasa benda ni kalau campur benda tu aa??"
jawapan soalan ni akan korang pelajari sendiri kalau korang rajin ke dapur~~ macam aku~~~ hahahahhahah


Bahan-bahan

udang - 1/2 kilo di kupas kulit.. buat mcm aku kupas tu. hasilnya akan cantik nanti.
(ni target untuk makan bertiga.. kalau aku... aku makan sorang2 jer.. jadi
pandai2 la kalau nak buat banyak tu kna la agak2 brapa banyak jugak benda lain yg mesti di tambah)

3 ulas bawang putih - hiris/tumbuk/blend2 ulas bawang merah - sama mcm bawang putih 1 batang serai - di titik/ketuk
2 hirisan halia - jangan tipis sangat taw
1 biji bawang besar/bawang bombay
- hiris besar
1 ketul kiub tomyam (maggi)

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili boh

1 1/2 air
garam dan ajinomoto secukup rasa

1 ikat kacang buncis (alaa.. yg macam kacang panjang. tapi agak pendek dan licin)
2 biji cili hijau (ni sebenarnya untuk naikkan bau jer)
3 biji tomato

WOKEH!!! mari mulakan memasak!!

cara-cara memasaknya

mula2 panaskan minyak.. tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.







bila dah agak kekuningan tu masukkan lah chili boh tadi dan tumis sehingga naik bau~~
kemudian masukkan lah tomato~~~ ya memang tomato kena masuk dulu. memang dia kan hancur. memang itu tujuannya. sebab rasa tomato la yang akan buat dia rasa agak masam tu~~










bila tomato dah agak lembik, masukkan la udang dan bawang besar. sebenarnya bawang ni boleh dimasukkan 5 minit sebelum korang nak angkat masakan. tapi sebab waktu aku masak ni aku kelaparan gila. jadi aku terlupa mana patut masuk dulu hahahahhahahha sorry.



gaul udang dan bawang tadi sampai rata. pastikan tomato tu sedikit hancur ya~~ supaya rasa masam manis nya merata

gaul sampai rata~~~~ terlalu kering?? jangan risau~~~ besarkan sedikit api dapur tu.. dengan cara ini. air yang tersimpan dalam isi udang tu akan terkeluar. ok... kenapa aku tak tambah terus air.. untuk sesetegah masakan, lebih2 lagi makanan seafood macam udang, sotong, ketam, dalam isinya tersimpan air yang agak banyak lebih2 lagi kalau dah pernah di beku. air ini yang buat aorma naik. dan dalam kes ini, udang. bau hanyair udang ni kalau terlalu kuat pun akan merosakkan rasa masakan. lebih2 lagi masakan masam manis begini.
tu~~~ kan aku dah cakap tadi. akan keluar air dia~~~ gaul sampai rata dan biarkan sampai air tu agak kering sedikit. api tadi biarkan besar ya.









ok bila dah agak kering air yg keluar dari isi udang tu... baru la tambah air, kiub tomyam dan sos chili. kemudian gaul sehingga rata. biarkan air mendidih dan sedikit pekat.

kemudian masukkan kacang buncis, dan cili hijau. gaul sehingga kacang buncis agak2 layu sedikit. jangan la layu sangat. agak2 rangup tu sedap. kalau layu sangat tak best la... masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. kalau ada yang tak makan ajinomoto tu. boleh guna sedikit gula. (ni yg aku belajar dari abah aku.. campuran garam dan sedikit gula akan hasilkan rasa yang hampir sama dengan ajinomoto.)



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews