Dec 31, 2010

jendela 2011

pejam celik dah nak tahun baru.. tak terasa lah dah setahun... umur bertambah lagi... terngiang pesan ustaz waktu skolah dulu.. rumah kata pergi... kubur kata mari....

tahun baru...

# weh kau tak sambut tahun baru ke?...

AKU: ermm... sambut..

# nak join kitorang?

AKU: tak lah.. ada program lain.. sori K..

# owh ok.. kalau tukar pikiran kau hallo hallo k...

terdetik dalam hati aku... perlu ke sambut tahun baru?.... hmmm... bagi aku tahun baru sebagai simbol untuk sebuah KEMAAFAN... macam raya jugak... tapi kemaafan pada diri sendiri... merenung semula apa yang aku dah buat sepanjang tahun ni dan baik dan buruk nya... dan cuba perbaiki dan lakukan lebih baik pada tahun yang mendatang.. jadi perlukah tahun baru di sambut?.. ya... perlu!.

tapi dengan cara apa?... keluar... lepak2... hepi2... hmm... kalau begitu... bukan tahun baru pun dibuat juga... tapi bila malam tahun baru tak buat... orang akan cakap.. "takda life"... let me ask u one thing... apa maksud "LIFE" bagi kau???... no answer.... seperti biasa.. ia hanya sebuah expersi anak muda era akhir zaman... termasuk aku jugak la tu..

biasanya tiap tahun aku sambut dengan sedikit jamuan.. BBQ.. kumpul kawan2 dan famili di rumah aku... sebelum jamah makanan.. seorang akan di lantik untuk bacaan doa kesyukuran.. well... they say its no fun... hmm... kalau fun saja yang kau kejar dalam LIFE yang kau sering sebut2 tu... yes... FUN lah yang akan kau dapatkan... aku... biarlah aku dengan kolot yang kau labelkan. aku.. hanya cukuplah aku have my own version of fun dengan real friends.. dan famili... merapatkan dan insyaAllah membahgiakan...

yes memang teringin nak sambut dgn kekasih tercinta.. tapi belum diberikan keizinan olehNYA.. aku percaya apa yang berlaku adalah ketentuanNYA.... aku dipisahkan jauh dengan jarak... di uji bermacam cara.. dipisah bukan bermaksud terpisah... teguran.. dan kesedaran... kesilapan jangan di ulang. dan kalau benar inginkan... atur alur hidup.. dan disatukan bila waktunya sampai.

kenapa dgn aku?? hahahaha... takda kenapa2 dengan aku... cuma merasa banyak kesilapan dah aku buat dalam hidup... kesilapan memang senang di lakukan... memperbaiki nya pulak tak semudah memutar jarum jam.. perlukan kekuatan. kerana cabaran bukan saja dari diri... tapi juga dari semua lapisan persekitaran. kau pun tau... bila kau cuba untuk berubah... ada yang akan suka... ada yang akan benci... ada yang akan sangsi.... ada juga yang makan hati... kerana ada waktunya kau terlepas pandang... ada waktunya kau tak cukup tangan... tapi percayalah... kalau kau benar2 mahukan... teruskan... mereka yang pergi kau doakan saja akan temukan jawapan. dan mengerti apa yang sedang cuba kau gapai.... seperti kau juga... dia tau... kalau benar2 mahukan... maka benar2lah kerjakan.

hahahhahah aku bukan berceramah isu taubat... hanya cakap2 biasa tentang isu tahu-buat.. bila kau tahu apa yang boleh dibuat.. apa yang mesti dibuat... dan yang jangan di buat... dari pandangan mata aku... ya... itu adalah taubat.

me: semakin kuat gigitan rindu ini... assila matahari pagi ku... aku rindu kamu.

Dec 1, 2010

rebellious mind



model: UDIN (hero tamil hahahahaha kau memang sempoi)
photographer: RUDY ISKANDAR
manip: ME

Nov 29, 2010

another fake poster / AKUreka Crew



poster/pin-up /... whatever lah korang nak panggil. hahahhahaha. benda ni di buat sebulan lepas kot... ntah la tak ingat... studio shoot. aku masih mentah lagi dalam dunia DSLR ni. tak berapa reti sangat. some of the shot aku buat pun guna "mata seorang manipulator" bukan "mata seorang photographer sejati" hahahhahaha. selebihnya adalah magis hujung jari Rudy Iskandar. dan kemudian aku manipulate sesuka hati sesedap rasa aku.

hahahahha aku seorang pencinta photoshop....

nothing more yang aku bleh cakap pasal si "Aktivis Lensa" bernama rudy iskandar ini. i learn a lot dari dia. he is my mentor. ya aku memang ZERO pasal dunia photography ni. slama ni pun aku main tembak sesuka hati hahahahhahaha. yang penting aku suka. ko tak suka aku peduli apa! ahhahahahahha. tapi in term of making $KACHING$!!! hahahhahaha kehendak orang pun mesti di penuhi. walaupun kau suka tak suka kau kena ikut.

tapiii~~~~~~~~

disitu la menunjukkan kau skillful/kreatif atau tidak... dengan menurut dan memenuhi kehandak orang dan implement kau punya "mark" dan skill di dalamnya walaupun pada mulanya kehendak yang terpaksa di turuti itu old-school atau lebih parah lagi cheesy. ya kadang2 kita terlalu mudah membuat keputusan sehinggakan kita lupa untuk menilai semula. bagi aku yang sedang cuba merangkak dalam arena seni imej kaku ini... aku nampak sesuatu yang baru setiap kali melihat dari corong kecil "pencari pandangan" (viewfinder wakakakakka) itu.

lepaskan imaginasi me-liar di seluruh ruang.. sempit atau luas... tinggi atau rendah... buruk atau cantik... terang atau gelap... putih atau hitam... bingit atau diam.. biarkan liar.. biarkan imaginasi bermaharajalela semahunya. temukan setiap satu "keindahan" yang tersembunyi... disitu kau akan jumpa dimana diri kau berada. kalaupun ia sebuah cetusan minda yang "kasar" (kerana ia bukan dari seorang yang membidangi) tidak bermakna ia adalah debu di atas buku yang kau hembus dan lap. cuba cari keindahan yang ada dalam sesuatu yang biasa. eh! macam lagu Yuna pulak... watch something random turn it into something awesome.

HAH! aku cuba ber-lidah madah ucap cakap tapis saring lembut halus. takut ada yang salah faham dan kecik ati... apa yang aku cakap ni adalah apa yang aku pelajari dari mempelajari. atau lebih mudah nya... belajar dari memerhati. ya tu lebih tepat...

kenapa la aku suka sangat cakap bunga2 sampai orang tak paham.... sebab aku suka! hahahahahaha. bahasa adalah seni yang indah juga. ligat akal kau menterjemah... makin ligat juga lidah ku berpencak! membuka mukaddimah sambung madah.. wah macam bahasa orang dulu2 hahahahahhaha macam chilakhe la punya bahasa. main hantam jer. janji ludahkusedapmerasa. NAH! kau! hahahahahahhahahahahhahahhaha.

ah! sudah2 lah aku merepek bukan2 hahahhahahaha ok bye... sampai jumpa lagi~~~ hahahahhaha. adehhh mcmana nak buat penutup ni... eh? aku bukan buat essay... hahahahhahahahahhahah. sengal.

Nov 8, 2010

update update update

macam biasa. update lambat hahahahah. kalau time rajin sampai 2-3 post sehari hahahaha. pada yang dah tau tu ya aku skarang tengah bertatih memulakan sesuatu yg besar... well its not that big... but someday i guess.. AKUreka. yup thats the name of a team/brand yang aku, rudy, onn, godeng (yes its a name of a person. mmg pelik) and fairuz sedang cuba angkat. its we are a group of art enthusiast yang bergerak bersama walaupun bidang kemahiran berbeza. my head is spinning non stop of storyline one after another. want to make something different dan mengasah teknik video editing aku yang macam sial ni. hahahahha. few idea aku masih pendam... personal project untuk yang tersayang. dan untuk syarikat.

oh did i mention? AKUreka bergerak dibawah syarikat AKU ent. at first ni memang buat few weddings photography and videography. tapi impian sebenar nak pergi lebih jauh. wedding hanya platform. few short film is coming.


well blog aku tak akan lengkap tanpa personal emo shit hahahahha. ya aku mmg emo. ke-emo-an aku ni dah lama wujud sebelum istilah emo tu sendiri di gunakan secara meluas oleh bebudak sekarang. hahahahha. aku emmotionaly unstable skarang. mungkin sebab penat dan really wish to be with my matahari pagi. mis her so much. its good i have good friends around me that help put my feet back on the ground.

oh ya.. video "surat: untuk abah dan mama" dapat tempat ke-tiga kategori pilihan pengadil untuk facebook contest tu. untuk pilihan undian tu tak lepas... coz most of voters tak paham maksud vote. they all ingatkan "like" tu adalah "vote", so liking it is not helping at all. hahahaha its ok aku mmg tak berharap nak menang. just nak expose hasil kerja. tapi the judges suka. syukurrrrrr.... the prize... 3 hari 2 malam di resort apa ntah nama dia tu.. di phuket.. for 2 person only.... hmmm. onn and rudy should go. its for them from me. as a thank you gift for being such a great friend. kalau ada rezeki nanti baru la pergi sama2.

lots of up and down lately. mental dan fizikal tercabar dan tercalar... well i guess that is life in my book.

Kompleksiti konspirasi tentang eksistansial yang hanya bagai daun mati menunggu waktu untuk jatuh ke tanah dan reput di lupakan.

hahahahha tu la status facebook aku beberapa hari lepas. dan masih kekal dalam otak aku sampai hari ni dan beberapa hari akan datang. yea dat fo sho. urgh... im tired.... so tired... mentally.

i wish everything akan turn out seperti yang di harapkan.... aim for the star!

me: need to be with you. yes you my lovely love.

Oct 4, 2010

Original Distirct 9 short film

filem district 9 arahan Neill Blomkamp pada asalnya hanyalah sebuah filem pendek yang dia buat sendiri. akhirnya aku dapat jugak tengok. dan ia lebih buat aku rasa seram dan berdiri bulu roma sepanjang aku menonton filem pendek 6minit ini.



aku tak jumpa versi HDnya. jadi kalau ada sapa2 yang terhumpa versi HD untuk filem pendek ini... share it with me will you?

Oct 2, 2010

SURAT untuk abah dan mama (VOTE!)

MASUK FINAL hahahhahahahhaha tak sangka la pulak... ingatkan kena rejek sebab... dah la aku buat dalam bahasa melayu... aku tak letak subtitle plak tu...

WebInTravel
"i love to travel" facebook contest. di buat tanpa budget... tanpa lighting... tanpa rakaman audio yang proper. hahahhaha. narration tu aku rakam pakai video cam dan rip sound dia.

tak berharap untuk menang. kitorang buat pun sekadar for the love of visual art and fun of it. tapi kalo menang... perghhh!!!! best siot!! hahahahha

SEKARANG ADALALAH TEMPOH UNDIAN
september 30 -sehingga- oktober 15
PADA KORANG YANG DAH TENGOK DAN SUKA
KORANG VOTE LA KAT SINI

[VOTE/VOTE]
[VOTE/VOTE]
[VOTE/VOTE]
[VOTE/VOTE]
[VOTE/VOTE]



watch in HD for better quality.

next time aku akan buat yang lebih baik.
thanks for the support!!

Oct 1, 2010

Hereafter (trailer)

berdiri bulu roma aku tengok trailer ni. harap2 matt damon tak rosakkan naskah yg baik ini degan lakonan nya yang... well... hmmm....

Sep 20, 2010

expendables, resident evil: afterlife (3D)

lama tak cakap pasal filem hahahahhahah ni pun aku nak buat simple hahahahha
expandbles OVERRATED! ntah knapa aku rasa... ya... takda la best sgt mcm yg di war2 kan. hmmm... A-team lebih thrill, fun, walaupun tak masuk akal. hahahhahahha. malas nak review hahahhah ngam lah tajuknya expendables.. story nya sangat simple. in fact.. ianya terlalu simple untuk satu chaos yang besar begitu. hmmm...

ok now... resident evil: afterlife
aku tgk 3D punya. COOL!!!
milla is born to be Alice. takda orang lain lagi lah!!!

ya memang banyak part bodoh dan adegan banyak copy dari filem2 lain. but hell! this is fun!!!! amaun 3D menjolok biji mata adalah berpatutan. dorang tak buat terlalu berlebih lebih. some plot hole. tapi aku tak kesah. hahahhaha sebab aku tengok cuma sekali. dan tujuan asal nak tengok adalah untuk melayan effect. bukan storyline.

part yang aku rasa ngilu dan suspen sangat2 adalah part kapak gergasi melayang menuju ke muka aku. hahahahha rasa sangat real!!! kalau la ada team panggung wayang tu buat gimmick dorang suruh orang bediri kat blakang skrin tu dan tengah kapak tu melayang tiba2 skrin tu koyak dan kapak besar di perbuat dari polistrin terkeluar menuju ke arah penonton..... knfem aku sakit jantung!!!! wakakakkakakakakak.
satu lagi part dorang menyelam nak masuk ke bilik simpanan senjata. pergh!!! aku tahan napas dan ketakutan wahahahahhahah. aku tau scene ne kalau peminat ALIEN knfem akan cakap BOOOO!!!! hahahahha aku pun cakap mcm tu. tapi sebab element fobia tempat sempit+gelap+air dalam di mainkan serentak... aku jadi suspen gila nak mampus tahan nafas... aku grap lengan rudy (duduk sbelah kanan) dan onn (duduk sbelah kiri) wahahahhaha sori kalau aku sakitkan korang. aku tak sedar tu wakakakakkaka.

one more thing... kaca mata 3D di MBO spring... SUCK BIG TIME!!! kacanya terlalu kecil la wei!!! provide yang besar mcm google tu lebih baik! looks bad tapi sangat berkesan!! dan layar 3d korang tak cukup terang. guna layar perak yang boleh pantulkan cahaya lebih terang. backlight sangat sangat sangat tak cukup!! bila babak yang gelap/malam/dim lit.. tak dapat nampak apa2 kalau pakai kaca mata 3D tu. aku terpaksa bukak dan menonton guna mata sendiri. ya gambarnya nya kabur kalau tak pakai spec kecil tu. tapi takda pilihan... hmmm.....

dah tu jer wakakakakakkaka aku malas nak analisis. aku cakap ne just for the fun of the movie.

jakarta, raya, dan segala yg terlewatkan


bergh! lama gila aku tak update blog keh keh keh. been very busy. banyak nak di buat dalam masa yang singkat. kalau la dalam sehari ada 48jam... hahahaha. cis! tak bersyukur!

ke jakarta bukan holiday. kerja. hampir2 tak dapat pulang raya. ramai yg tanya tak kecoh2 ke kat indonesia?... mana ada lah. yg korang nampak dalam tv tu smua mainan media saja. aku 10 hari kat sana ok jer. takda plak kecoh2. yg ada cuma mereka yang terpancing dgn isu. tu pun kat warung kopi jer. dan yg kecoh2 dah facebook tu bagi aku adalah mereka yang berakal pendek dan terlalu mudah melatah. masih banyak benda lain yg perlu lebih di fokuskan dalam negara sendiri daripada bermusuhan tanpa pikir jalan penyelsaian. perang??? untuk apa?? untuk tunjuk sapa kuat? untuk tunjuk sapa yg betul?? kalau yg mati adalah salah.. jadi adakah si pembunuh itu betul?

ok lah.. aku nak tanya... membunuh seorang pembunuh adakah tindakan itu betul? ya atau tidak bukan jawapan. tapi selami diri kau. kenali hati budi kau sendiri. cukup suci kah kau untuk jadi penghukum? cukub benar kah kau sehingga kau layak untuk menghakimi.

perang?.. kalau ya kita berperang... satu asal. satu darah. satu agama. di pancing oleh mereka yang berkepentingan. maka sepanjang umur kita ni... rupanya kita adalah ayam sabung yg bergaduh bila di suruh... kalah.. mayat kau di buang saja. menang.. kau tetap luka. tapi tuan mu semakin kaya. dan kau masih di suap makan dedak saja. heh!

ah! lantak lah. yg pastinya aku ke jakarta haritu semua aman damai jer. aku siap jalan2 ke taman mini dan jumpa satu kedai buku2 langka alis rare alias wet dream aku wakakakakka. banyak buku2 tua yang sangat sukar korang jumpa kat tmpat lain. dari novel sampai la ke buku agama. dan the best thing waktu di situ. aku dgn geng keras kaki buku encik taufik terjumpa karya Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenal dengan julukan HAMKA.


dua buku. tasauf moderen (cetakan ke 11) . dan satu lagi adalah novel dibawah lindungan ka'bah (cetakan ke 8). dua2 di rembat oleh taufik! ciss!!!! akhirnya aku pun membeli cetakan terbaru di bawah lindungan ka'bah (cetakan ke... adeh tak ingat.). dan terjumpa satu lagi buku karya beliau bertajuk tenggelamnya kapal van der wijck (cetakkan ke 32) walaupun isinya sama dengan cetakan lama. tapi ejaan tak sama. ejaan orang dulu2 lebih artistik bagi aku hahahhaha. tak apa lah. yang penting gaya bahasa tak di ubah. aku tak mau cerita banyak pasal ni. korang google la sendiri. yang pasti korang bekal tisyu atau tuala waktu baca. dan jangan baca kat tempat ramai orang. serius! menyesal aku baca dalam flight haritu. bikin malu jer orang tgk wakakakakkaka

jalan2 bila ada masa free dan tembak mana2 yg aku rasa best dengan kamera poket aku yg tak seberapa... ( wet dream aku adalah memiliki 5D mark II huhuhuhuhuhu)

bila kat rumah demam. ntah kenapa stiap kali ke jakarta knfem aku akan demam. mungkin cuaca atau udara tak sama kot. metropolis la kan. tak sebersih udara kat rumah aku ni. kaki bukit. dan tak byk kenderaan.

raya! raya! raya!

raya yg almost tak rasa raya. hahahhaha. sebab hectic dan bizi. byk kerja yg perlu di siapkan. sampaikan nak ke rumah famili angkat kat desa guru tu pun tak sempat. (T_T) padahal tak la jauh pun! ish!!! sorry mak.. abah.. jaba.. fitra.. wan. sorry tak sempat nak ke rumah. trying to find a gap.. tapi mmg langsung takda ruang.

im cracking upnow my little brother is cracking up hahahahha
from left. my older sis (the 4th) me (the 5th) my brother (the 6th)his wife. then my little sister (the 7th) and my anak buah yg nakal gilerrr!!

hug my dad
hug my mom



and yes miss my Ndut Mama a.k.a Matahari Pagi a.k.a crystal bercahaya. really miss u so much mama. huhuhuhuhuhuhu.

Aug 21, 2010

salam ramadhan dan salam aidilfitri

SALAM AIDILFITRI

ME, ONN, RUDY

fotographer: RUDY ISKANDAR [ http://iskandariah45.blogspot.com/ ]

manip by: ME [ http://iniblogaku.blogspot.com/ ]

khat/typography by: AWANGPURBA [ http://awangpurba.blogspot.com/ ]

Aug 7, 2010

SURAT untuk abah dan mama

yaaaaaaaaaaa lama tak hapdet blog! hahahahhaha sebab aku busy. hapdet kali ini adalah sebuah video/filem pendek yang aku, onn, dan rudy buat untuk http://www.facebook.com/webintravel "i love to travel" facebook contest. di buat tanpa budget... tanpa lighting... tanpa rakaman audio yang proper. hahahhaha. narration tu aku rakam pakai video cam dan rip sound dia.

tak berharap untuk menang. kitorang buat pun sekadar for the love of visual art and fun of it. tapi kalo menang... perghhh!!!! best siot!! hahahahha

watch in HD for better quality.

Jul 17, 2010

model hari ini. SEPUL

suatu petang yang damai. ketika aku tengah menonton siri LOST yang aku mintak dari ONN... tiba2 sepul ni datang mengganggu ketenteraman. biasanya photographer cari model. ni model paksa photographer untuk ambil dia hahahhahah dia ingat dia bagus sangat ka ha?! hahahhaa aku pun bukan photographer. stakat pakai kamera poket boleh la. lantak kau la sepul. aku edit/manipulate jer. nih la hasilnya. texture aku rembat dari google image. yg tak pakai texure tu mmg dari hasil pemikiran otak parasit aku ni. hahahahhah.



this is my personal favorite. hehehehhe lantak la korang nak ckp aku angkat bakul. tapi pduli apa. aku suka buat upside-down photo. tapi ni kali pertama aku publish untuk orang tengok. biasanya aku simpan sorang2 dalam PC ni untuk aku tenangkan otak. hahahahhahah. sbab dari pemerhatian aku. walaupun gambar dah lama. mcm byk kesalahan dalam gambar tu. tak semestinya terus di buang. simpan jer. try tgk dari pelbagai perspektif mana tau kadang2 dalam timbunan kaca ada berlian yang korang buang sekali.
i hate that writing. so lame. tapi nak buat apa. dia sndiri yang mintak. aku ikut jer la. aku perlu mood untuk editing. tapi this annoying fella melekat tak mau beganjak dai depan pc aku ni selagi tak siap dan tak di upload dalam facebook dia. WTF! kan? hahhahahaha hantam la labuuu...

Jul 13, 2010

DECORATE BY YUNA with LYRICS

a simple short song (that makes my heart beat slow and cry... huhhuuhu sedih) by yuna...

Jul 11, 2010

bisikan arwah poster (versi aku)

aku sangat kecewa kalau bab2 poster filem/drama malaysia ni.... dibuat macam tangkap muat. padahal poster juga adalah salah satu marketing strategy untuk pancing penonton. hmmm... munkin perlu ada satu anugerah poster filem.. (walaupun di malaysia ni dah berlambak macam2 jenis award)... ada juga poster yang bagus.. tapi masih terikat degan stereotype poster filem malaysia... KENAPA MESTI SEMUA WATAK ADA DALAM SATU POSTER???

poster filem juga salah satu ART/SENI yang memancing khalayak secara sikologi dengan mewujudkan tanda tanya.. huhhhh... dan kalaulah malaysia ni guna konsep teaser poster kalau sesebuah filem/drama masih dalam proses pembikinan. (trailer jangan cakap la... ada beberapa kerat jer yang buat teaser trailer dan full/theatrical trailer untuk filem dan drama).. ya mmg akan memerlukan sedikit budget. tapi kalau ianya dibuat dgn baik dan berjaya menarik penonton... kan ka maksudnya marketing dah berjaya. aduiiiii......

sesak napas aku tiap kali nampak poster2 filem malaysia ni. kalau budget tak cukup untuk ambil studio design untuk buat poster... buat hype dengan mengadakan competition reka poster. upload gambar2 set dan watak. upload banyak2 (dgn ukuran yg besar!) buat sedikit photoshoot kat sewaktu di lokasi. lepastu nyatakan tema dan elemnt apa yg mesti ada dalam poster tu. hadiah tu tak kesah la nak kasi apa. kalau nak kasi gempak2 tu syukkkkuuurrrr... tapi yang penting dgn cara itu poster yang baik akan terhasil dan pembikin poster yang selama ni terpuruk kerana tak memmiliki kelayakan tapi miliki kemahiran, akhirnya dikenali dan memberi platform untuk dia tunjukkan bakat dia. talk about two birds with one stone kan. kalau nak... ikat dgn kontrak untuk 4 ke 5 filem/drama ka. tu dah cukup bagus. what ever lah. cukup lah aku membebel untuk posting kali ni hahhahahaha.

ni ada satu poster drama yang akan main di astro esok... aku kesian tgk posternya... kenapa la kau di perlakukan sedemikin rupa. sungguh kejam tangan2 yang tak bertanggung jawab buat kau macam ni.... touching siot!! jadi aku buat la poster versi aku sendiri. tanpa minta kebenaran hahahahhah. harap2 dorang tak kesah. lagipun kira ok la kan.. aku buat marketing free untuk dorang. baiknya ati aku hahahhahahha. sbenarnya aku tenampak beberapa gambar yang menarik dalam facebook bisikan arwah ni. jadi aku try2 la menggatal dgn photoshop aku. click sana click sini gentel2 puting... erk... gentel2 punat... ya tu lebih tepat... punat mouse hahahahhaha. lucah sungguh!! hahahahahhahahhah.

yang diatas tadi tu poster asal... ni pulak poster yang aku buat
(click poster untuk ukuran yang lebih besar)


kerana foto yang aku ambil dari facebook sangat kecik (korang tau la kan) jadi mungkin kualitinya agak kurenngggg.... tapi biasanya poster seram ni jarang ada yang high definition. tapi itu tak bermakna sumber asal untuk digunakan mengedit tak memerlukan pixel yang tinggi. SANGAT PERLU LAH!! supaya hasilnya nanti lebih tepat dan kemas. ya poster versi aku nampak kosong. sebab aku tak dapat baca apa yg dtulis kat poster asal tu. aku sangat kecewa kerana itu pun satu element yang penting untuk sesebuah poster supaya ada "professional look" dalam poster. kalau lah doang up poster bersaiz besar dan aku dapat baca tulisan tu. aku akan buat balik. tu pun "kalau".


Jul 7, 2010

AKU. akan datang.

(click this to view this video)
AKU. akan datang.



from a twisted tormented mind.

aku shoot benda ni pakai kamera poket jer... so aku mainkan warna dan cahaya supaya noise dalam video tu menjadi "disengajakan". (tak reti nak explain.. yg paham tu... faham la apa yg aku maksudkan dgn "disengajakan" tu hahahahha)...

kenapa aku letak "akan datang" sebab idea ni boleh di bawak jauh. dapat di kembangkan... ah! tgk la nanti macam mana.

suka hati korang la nak tafsir apa dari video ni. yang pasti jawapannya korang akan tengok sendiri nanti hahahahhaha.

Jul 6, 2010

to serian (camera test)


video test di serian.
sambil study fungsi cam dan nak tengok hasilnya. kitorang jalan2 dan rakam apa yg kitorang nampak. lama dah tak mengedit video. so ni kira warm up la.

Jun 30, 2010

filem pendek menyayat hati ...java... WTF!

trailer/short film berkenaan java... this is totally WATDAFAK!!!!
wahhahahahhahahhahahahha aku gelak macam sial tgk trailer ni!! wakakakkakakakkakaakkak

Jun 26, 2010

cakap kosong

sejak dua menjak ni blog aku nih dah macam photo blog pulak. dah lama aku tak betul2 menulis dan merepek macam selalu2 hahahahha.

bukan aku malas nak menulis... writer's block pun bukan. cuma agak sibuk dan beberapa hari lepas.. aku rasa macam terikat dan di buang ke laut. hahahahha.

sekarang ni sana sini bola... hmm... aku tak minat bola hahaha. tapi aku suka vibe dan excite bila aku berada dalam kelompok peminat bola. tapi aku tengok piala dunia tahun ni agak dingin... ntah kenapa... aku lebih suka 'gila'nya sewaktu liga inggeris dulu. semarak btul.

beberapa minggu lepas adik aku Azan dah kawen... aku bila lagi?? hahahhaha lama lagi kot. bukan tak bersedia... mental dan fizikal dah lama sedia hahahhah. tapi secara materialnya. aku taknak la lpas kawen pun idup stakat cukup makan... NO! a big NO!! so aku berusaha.

kerja. orang yg nampak aku akan cakap aku ni jay walker wahahahahha. rileks sana sini. hahahhaaha dorang tak paham apa yg aku tengah buat skarang ni... apa yg aku boleh katakan adalah.. sedikit silap aku buat... sakitnya semua akan rasa. dan sekiranya suksess... kau akan nampak aku dimana-mana. dalam subjek bisnes dulu... kerja aku ni di kelaskan sebagai entrepreneur. orang yang mengambil resiko. dah lah nanti korang nampak sendiri lah. just doakan kejayaan aku.

owh ya.. aku tak pnah cakap officially... my K810i dan pergi selamanya... aku rasa nak beli lagi nanti. sebab bagi aku dalam banyak2 cybershot punya series... K810i yang berjaya. skarang aku just guna HT G33. handphone china yang dah di brand di indonesia. aku tak tau sangat apa istilahnya. aku beli pun sebab terpaksa. waktu kau di jakarta tempohari.. handphone aku rosak. so aku beli la... qwerty keypad, trackpad, wifi, speed browsing... ok la jugak. tapi sebab dah di set untuk di gunakan di indonesia... jadi aku buat la hacking dan tweak sendiri... smua dah boleh guna kecuali wap dan hantar mms. aku surf guna opera mini jak. tapi takbleh nak stream video dan download stuff.... sebab wap tak bleh guna. mms pulak... terima mms dapat. nak hantar takbleh.. aku ingat nak rembat blackberry storm la nanti hahahhaha. sbab aku dah terbiasa dgn keypad qwerty ni... bla pakai keypad biasa. aku jadi sengal dowh! hahahahhah. tu jer sebab nya? tak lah. banyak sebab lain.

entah kenapa sejak akhir2 ni hati aku asik gundah... rinduuuuu sangat kat dia... bercampur perasaan tak sedap hati.. tengah taip ni pun sama. dua hari lepas... aku heppi sangat2. sebab dia suka gift yg aku bagi. kata Jennifer Lopez "my love dont cost a thing" mungkin definisinya berbeza dgn aku. bagi dia dia tak perlukan semua itu kerana dia dah miliki segalanya cuma yg tiada adalah cinta. tapi bagi aku... duit tu takda makna kalau dicari tapi takda tempat, ruang, dan somebody untuk aku nikmati. jadi disitu adanya dia. yang aku sayang.

printer buat hal! apa kena dgn tank ciss aku tu. asik ada bubbles jer dalam tube dia. dah brapa kali aku godek2 pun sama. entah2 bocor tak?

hmm... buntu...

rasa macam nak tukar lagi layout blog aku ni... tapi nanti lah..

apa aku nak buat ni aa.... bosan gila kat umah... nak jalan2... hmm.... seriously aku cakap tak pernah aku ada mood nak jalan sejak aku balik kuching ni... takda dia.

dah lah.. aku nak mandi lagi.. panas btul hari ni.

bila aku melihat dunia


kamera... adalah WMD. bukan hanya "weapon of mass destruction"...
tapi juga adalah "weapon of mass development"
hahahahhaha apa la aku merepek ni..

rantau

ni nak angkat bakul... aku suka editing ni hahahahhah. aku tak reti pakai lightroom... smuanya pakai photoshop... ter oppssss menghasilkan warna2 yang aku suka. hahahaa.

maharani


concept art sahaja... low definition image... tapi aku tetap edit juga...

ini adalah lebih kurang bagaimana imaginasi aku pada watak Maharani... bonda Ratna sang ratu... tapi kerana aku takda topeng kulit seperti dalam novelnya jadi aku biarkan saja tanpa topeng.

lokasi: diruang tamu rumah aku. segala kerusi meja. alas ...meja. pasu bunga. smuanya aku hantam mak aku punya. tanpa kebenaran...

mungkin bila aku free lagi nanti aku akan reshoot. then edit semula.

oh ya.... model ni adalah kakak aku.

Jun 16, 2010

merpati putih ku..

tak pernah ingin utk menekap sayap merpati putih ku... apa lagi menyekat kebebasannya dengan sangkar.. kicau hiba nya pasti merundum sedih ku...

maka ku biarkan ia bebas terbang menggapai dunia nya...

awan2 dan ranting2 tinggi...

dan aku saban hari menunggu...

dalam risau aku tenang... dalam menangis aku senyum...

entah kau kedinginan bila hujan.. entah hilang nafas bila di kejar helang... entah makan bila kelaparan...

sekali sekala kelibat mu datang... bebrapa saat dan kau hilang...

kicau mu masih ku dengar... namun dimana jasad mu merpati ku... pulanglah untuk seketika... ubati hati ini...

jika suatu hari nanti patah ranting itu... jika badai datang membawa pergi awan2 mu... datanglah padaku...

insyaAllah selagi nyawa ini masih di jasad ku. ku lindungi tubuh kecil mu...

dan bila kau ingin terbang semula.. akan ku anjung kau setingginya dalam telapak tangan ku...

terbanglah...

berbahgialah....

ku sembunyikan hati yang semakin bernanah..

suatu hari nanti bila kau rindukan aku.. jeritlah namaku... pasti aku datang padamu...

tapi bila aku tak muncul untuk mengubat rindu mu...

jawapannya hanya satu wahai merpati putih ku...

aku telah pergi menemui TUHAN ku.....


sebelum tibanya waktu itu... aku masih mendongak langit... tersenyum melihat kau berkicau riang di celah awan...

apa?
kenapa aku menangis?
tidak... aku menangis gembira........... melihat kau bahgia....
ingin aku ikut serta... tapi aku tak punya sayap sepertimu...
alasan ku...


p/s: merpati putih itu matahari ku.. cahayanya sebening kristal hati ku.

May 31, 2010

inspirasi terinspirasi (updated)

CLICK TO ENLARGE PICTURE

aku edit gambar ni sebab... ahh... korang baca sendiri lah apa yang aku tulis kat gambar tu. malas aku nak tulis balik hahahahhahahahha.
CLICK IMAGE TO ENLARGE

ramai yang komplen cakap gambar diatas tu gelap sangat... jadi aku fix exposure dan brightness (walaupun kat monitor aku ni nampak mcm ok jer tapi aku ikut juga la.. mana tau monotor aku ni yang silap setting brightness dia)

May 5, 2010

office 2010 : The Movie

office 2010 : The Movie [trailer]

no... this is not another action thriller remake... this is... entah lah... susah aku nak pecaya.. tapi kalau betul la.. ni la marketing strategy paling terbesar (untuk software) yang aku pernah nampak stakat ni. ya ini filem tentang 'microsoft office' wakakakakkakakak. ni adalah iklan terbaru microsoft. dialog dia buat aku ketawa macam sial hahahahhaha terlalu banyak benda best dalam trailer ni. mmg bijak lah dorang buat satu benda yang biasa kita buat kat microsoft office.. contohnya macam spell check, copy and paste, resize font, dan macam2 lagi benda biasa... now dorang ucapakan dan visualkan degan gaya filem action conspiracy thriller yang sangat cool!!!
AKU SUKA hahahahhahaha
cakap banyak pun tak guna. korang tengok sendiri video yang konon2nya trailer ni.



Apr 27, 2010

fish in the sky hahahahahah

boring di tahap kronik!!! seminggu di rumah.. sendirian... nasib baik lah matahari pagi tu jauh~~~ kalau nda... aku tapau jer bwk balik umah... wakakakakakkaka...... jahat seh!!!

jangan pikir bukan2!!

aku tapau dia.. aku suruh masak, kemas umah, dan mandikan aku wakakakakkaka. aku kan budak lagi mana reti mandi sendiri. wakakakakakkakakak.

ok... cukup lah off topic. merepek jer memanjang.

kerana boring gila... jadi aku main photoshop la~~~~ la la la~~~~~

Apr 26, 2010

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer ke-2



yaaaaa.... trailer keduanya telah tiba...
still... suara naratornya SANGAT LEMAH!!! jangan guna bahasa inggeris kalau pronunciation tak gempak!!!... baik guna bahasa melayu dan cari orang yang memiliku suara sekuat vibe dan tempo seperti dato' rahim razali.... mungkin sebab dato' rahim razali dan di guna untuk trailer Puteri Gunung Ledang (PGL) jadi KRU tak mau guna dia... hmm.... but u gotta admit it.. dato' rahim razali punya suara dan pause-nya sangat berhantu! jalaluddin hassan juga punya vibe tapi tempo/pause suaranya tak natural... terlalu... mengada.

now expectation aku pada filem ni menurun drastik.
pertama... sebab filter/warna yang di gunakan... satu aku nak cakap... HD tak semestinya cantik!! ya!! tak semua filem akan nampak hebat kalau terlampau HD... kalau tak caya carik la filem2 yang di keluarkan dalam bentuk BLUE-ray. di VCD dia nampak hebat! tapi bila masuk ke HD.... semua terpampang jelas.... dulunya nampak filem yang sarat dgn detail... skarang kualiti video nya jadi macam drama cerekarama!!!! aduuuiiii sakit biji mata!

KRU please dont tell me that this is the Official Theatrical Trailer. masih ada masa lagi untuk orang render dan letak filter. gunakan filter kelabu dan coklat (war-ish). pelajari LORD OF THE RINGS... bukan dari segi teknikal... tu mmg kita tak mampu buat pada masa ni... tapi dari segi mainan warna.. perhatikan juga filter yang digunakan untuk filem GLADIATOR dan 300.... aku bukan nak benchmark filem kita dan filem barat.. tapi aku berharap korang belajar dari bahan yang dah sedia ada. orang akan kata aku ni mengagungkan filem barat... NO! aku mengharapakan something yang BESAR pada filem Malaysia... korang dah guna salah satu effect dari tutorial VIDEOCOPILOT untuk trailer pertama... dan VIDEOCOPILOT juga ada tutorial mudah untuk filter video yang murah jadi nampak seperti filem mahal!... epic-ish, war-sih dapat di hasilkan dengan haya menambah 1 filter layer dan mainkan opacity untuk beberapa babak yang terang dan gelap.. tolong lah... tolonggg lahhh.... aku harap sangat hasil keseluruhan yang baik.

kedua... satu naskah yang kuat pun akan kedengaran bodoh kalau pelakon tak memiliki kebolehan yang baik untuk menghidupkannya... OH MY GOD! aku kecewa. ni memang takbleh buat apa dah... dan kalau nak di perbaiki.... re-shoot akan makan masa dan kos yang selangit. jadi kemahiran dan ketekunan editor/penyunting/composer sangat diperlukan di sini. SANGAT!!! mainkan tempo dan pitch suara pelakon meggunakan audio authoring software yang korang ada. morphVOX adalah salah satu dari yang terbaik untuk itu (walaupun mungkin ia software murahan bagi korang). dialog Hughes Stephen Rahman itu sangat kuat kata-katanya tapi pitch dan eco langsung tak kena.

haduiiiiii...... aku kecewa... kerana production value filem ni sangat tinggi.. sangat detail... sayangnya kalau ia rosak kerana kurang di berikan perhatian dan perngiktirafan visual yang setimpal... huhuhuhuhuhuhuuuu KRU please.....

tapi apa2 pun aku tetap akan tonton filem ni bila keluar nanti... sebab aku dapat rasa ada 'sesuatu' untuk aku... kalaupun aku akan rasa patah hati. tapi... aku dapat rasakan ada something yang akan jadi pengubatnya..... entahlah... mungkin cuma satu 'harapan pelarian' supaya aku tetap ke panggung nanti. tapi..... huh...... (T_T)

Apr 25, 2010

udang tomyam masam manis (sweet and sour)

kepada yang baca blog aku ni melalui note dalam facebook. sila ke blog aku http://iniblogaku.blogspot.com/ sebab di note facebook tu selalunya gambar yang aku upload jadi berhamburan dan tunggang tebalik. entah kenapa bodoh betul note facebook tu.

hahahahhaha sekali lagi kita kembali di dalam rancangan SatuKetikaDiSudutDapur wakakakkakak
kali ni aku nak masak udang pulak.... entah apasal dua tiga hari ni aku asik makan udang... sampai demam!!orait seperti dulu aku akan tunjuk rupa masakan aku ni. ini lah dia~~~~~(^_^)macam mana? mouth-watering ka? hahahahhaha lantak korang la.
ok ni bahan2nya (aku main agak2 jer ni.)
**tips: memasak ni kalau dah mahir.. seorang tukang masak boleh mengagak berapa banyak kuantiti sesuatu bahan yg di gunakan.
aku ni tak la mahir. tapi dapat jugak agak2 kalau terlebih garam ka. terlebih aji ka. jadi gnakan imaginasi anda degan bertanya pada diri sendiri.
"macamana rasa benda ni kalau campur benda tu aa??"
jawapan soalan ni akan korang pelajari sendiri kalau korang rajin ke dapur~~ macam aku~~~ hahahahhahah


Bahan-bahan

udang - 1/2 kilo di kupas kulit.. buat mcm aku kupas tu. hasilnya akan cantik nanti.
(ni target untuk makan bertiga.. kalau aku... aku makan sorang2 jer.. jadi
pandai2 la kalau nak buat banyak tu kna la agak2 brapa banyak jugak benda lain yg mesti di tambah)

3 ulas bawang putih - hiris/tumbuk/blend2 ulas bawang merah - sama mcm bawang putih 1 batang serai - di titik/ketuk
2 hirisan halia - jangan tipis sangat taw
1 biji bawang besar/bawang bombay
- hiris besar
1 ketul kiub tomyam (maggi)

4 sudu besar sos cili
3 sudu besar cili boh

1 1/2 air
garam dan ajinomoto secukup rasa

1 ikat kacang buncis (alaa.. yg macam kacang panjang. tapi agak pendek dan licin)
2 biji cili hijau (ni sebenarnya untuk naikkan bau jer)
3 biji tomato

WOKEH!!! mari mulakan memasak!!

cara-cara memasaknya

mula2 panaskan minyak.. tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia.







bila dah agak kekuningan tu masukkan lah chili boh tadi dan tumis sehingga naik bau~~
kemudian masukkan lah tomato~~~ ya memang tomato kena masuk dulu. memang dia kan hancur. memang itu tujuannya. sebab rasa tomato la yang akan buat dia rasa agak masam tu~~










bila tomato dah agak lembik, masukkan la udang dan bawang besar. sebenarnya bawang ni boleh dimasukkan 5 minit sebelum korang nak angkat masakan. tapi sebab waktu aku masak ni aku kelaparan gila. jadi aku terlupa mana patut masuk dulu hahahahhahahha sorry.



gaul udang dan bawang tadi sampai rata. pastikan tomato tu sedikit hancur ya~~ supaya rasa masam manis nya merata

gaul sampai rata~~~~ terlalu kering?? jangan risau~~~ besarkan sedikit api dapur tu.. dengan cara ini. air yang tersimpan dalam isi udang tu akan terkeluar. ok... kenapa aku tak tambah terus air.. untuk sesetegah masakan, lebih2 lagi makanan seafood macam udang, sotong, ketam, dalam isinya tersimpan air yang agak banyak lebih2 lagi kalau dah pernah di beku. air ini yang buat aorma naik. dan dalam kes ini, udang. bau hanyair udang ni kalau terlalu kuat pun akan merosakkan rasa masakan. lebih2 lagi masakan masam manis begini.
tu~~~ kan aku dah cakap tadi. akan keluar air dia~~~ gaul sampai rata dan biarkan sampai air tu agak kering sedikit. api tadi biarkan besar ya.









ok bila dah agak kering air yg keluar dari isi udang tu... baru la tambah air, kiub tomyam dan sos chili. kemudian gaul sehingga rata. biarkan air mendidih dan sedikit pekat.

kemudian masukkan kacang buncis, dan cili hijau. gaul sehingga kacang buncis agak2 layu sedikit. jangan la layu sangat. agak2 rangup tu sedap. kalau layu sangat tak best la... masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa. kalau ada yang tak makan ajinomoto tu. boleh guna sedikit gula. (ni yg aku belajar dari abah aku.. campuran garam dan sedikit gula akan hasilkan rasa yang hampir sama dengan ajinomoto.)



Total Pageviews