Jun 30, 2010

filem pendek menyayat hati ...java... WTF!

trailer/short film berkenaan java... this is totally WATDAFAK!!!!
wahhahahahhahahhahahahha aku gelak macam sial tgk trailer ni!! wakakakkakakakkakaakkak

Jun 26, 2010

cakap kosong

sejak dua menjak ni blog aku nih dah macam photo blog pulak. dah lama aku tak betul2 menulis dan merepek macam selalu2 hahahahha.

bukan aku malas nak menulis... writer's block pun bukan. cuma agak sibuk dan beberapa hari lepas.. aku rasa macam terikat dan di buang ke laut. hahahahha.

sekarang ni sana sini bola... hmm... aku tak minat bola hahaha. tapi aku suka vibe dan excite bila aku berada dalam kelompok peminat bola. tapi aku tengok piala dunia tahun ni agak dingin... ntah kenapa... aku lebih suka 'gila'nya sewaktu liga inggeris dulu. semarak btul.

beberapa minggu lepas adik aku Azan dah kawen... aku bila lagi?? hahahhaha lama lagi kot. bukan tak bersedia... mental dan fizikal dah lama sedia hahahhah. tapi secara materialnya. aku taknak la lpas kawen pun idup stakat cukup makan... NO! a big NO!! so aku berusaha.

kerja. orang yg nampak aku akan cakap aku ni jay walker wahahahahha. rileks sana sini. hahahhaaha dorang tak paham apa yg aku tengah buat skarang ni... apa yg aku boleh katakan adalah.. sedikit silap aku buat... sakitnya semua akan rasa. dan sekiranya suksess... kau akan nampak aku dimana-mana. dalam subjek bisnes dulu... kerja aku ni di kelaskan sebagai entrepreneur. orang yang mengambil resiko. dah lah nanti korang nampak sendiri lah. just doakan kejayaan aku.

owh ya.. aku tak pnah cakap officially... my K810i dan pergi selamanya... aku rasa nak beli lagi nanti. sebab bagi aku dalam banyak2 cybershot punya series... K810i yang berjaya. skarang aku just guna HT G33. handphone china yang dah di brand di indonesia. aku tak tau sangat apa istilahnya. aku beli pun sebab terpaksa. waktu kau di jakarta tempohari.. handphone aku rosak. so aku beli la... qwerty keypad, trackpad, wifi, speed browsing... ok la jugak. tapi sebab dah di set untuk di gunakan di indonesia... jadi aku buat la hacking dan tweak sendiri... smua dah boleh guna kecuali wap dan hantar mms. aku surf guna opera mini jak. tapi takbleh nak stream video dan download stuff.... sebab wap tak bleh guna. mms pulak... terima mms dapat. nak hantar takbleh.. aku ingat nak rembat blackberry storm la nanti hahahhaha. sbab aku dah terbiasa dgn keypad qwerty ni... bla pakai keypad biasa. aku jadi sengal dowh! hahahahhah. tu jer sebab nya? tak lah. banyak sebab lain.

entah kenapa sejak akhir2 ni hati aku asik gundah... rinduuuuu sangat kat dia... bercampur perasaan tak sedap hati.. tengah taip ni pun sama. dua hari lepas... aku heppi sangat2. sebab dia suka gift yg aku bagi. kata Jennifer Lopez "my love dont cost a thing" mungkin definisinya berbeza dgn aku. bagi dia dia tak perlukan semua itu kerana dia dah miliki segalanya cuma yg tiada adalah cinta. tapi bagi aku... duit tu takda makna kalau dicari tapi takda tempat, ruang, dan somebody untuk aku nikmati. jadi disitu adanya dia. yang aku sayang.

printer buat hal! apa kena dgn tank ciss aku tu. asik ada bubbles jer dalam tube dia. dah brapa kali aku godek2 pun sama. entah2 bocor tak?

hmm... buntu...

rasa macam nak tukar lagi layout blog aku ni... tapi nanti lah..

apa aku nak buat ni aa.... bosan gila kat umah... nak jalan2... hmm.... seriously aku cakap tak pernah aku ada mood nak jalan sejak aku balik kuching ni... takda dia.

dah lah.. aku nak mandi lagi.. panas btul hari ni.

bila aku melihat dunia


kamera... adalah WMD. bukan hanya "weapon of mass destruction"...
tapi juga adalah "weapon of mass development"
hahahahhaha apa la aku merepek ni..

rantau

ni nak angkat bakul... aku suka editing ni hahahahhah. aku tak reti pakai lightroom... smuanya pakai photoshop... ter oppssss menghasilkan warna2 yang aku suka. hahahaa.

maharani


concept art sahaja... low definition image... tapi aku tetap edit juga...

ini adalah lebih kurang bagaimana imaginasi aku pada watak Maharani... bonda Ratna sang ratu... tapi kerana aku takda topeng kulit seperti dalam novelnya jadi aku biarkan saja tanpa topeng.

lokasi: diruang tamu rumah aku. segala kerusi meja. alas ...meja. pasu bunga. smuanya aku hantam mak aku punya. tanpa kebenaran...

mungkin bila aku free lagi nanti aku akan reshoot. then edit semula.

oh ya.... model ni adalah kakak aku.

Jun 16, 2010

merpati putih ku..

tak pernah ingin utk menekap sayap merpati putih ku... apa lagi menyekat kebebasannya dengan sangkar.. kicau hiba nya pasti merundum sedih ku...

maka ku biarkan ia bebas terbang menggapai dunia nya...

awan2 dan ranting2 tinggi...

dan aku saban hari menunggu...

dalam risau aku tenang... dalam menangis aku senyum...

entah kau kedinginan bila hujan.. entah hilang nafas bila di kejar helang... entah makan bila kelaparan...

sekali sekala kelibat mu datang... bebrapa saat dan kau hilang...

kicau mu masih ku dengar... namun dimana jasad mu merpati ku... pulanglah untuk seketika... ubati hati ini...

jika suatu hari nanti patah ranting itu... jika badai datang membawa pergi awan2 mu... datanglah padaku...

insyaAllah selagi nyawa ini masih di jasad ku. ku lindungi tubuh kecil mu...

dan bila kau ingin terbang semula.. akan ku anjung kau setingginya dalam telapak tangan ku...

terbanglah...

berbahgialah....

ku sembunyikan hati yang semakin bernanah..

suatu hari nanti bila kau rindukan aku.. jeritlah namaku... pasti aku datang padamu...

tapi bila aku tak muncul untuk mengubat rindu mu...

jawapannya hanya satu wahai merpati putih ku...

aku telah pergi menemui TUHAN ku.....


sebelum tibanya waktu itu... aku masih mendongak langit... tersenyum melihat kau berkicau riang di celah awan...

apa?
kenapa aku menangis?
tidak... aku menangis gembira........... melihat kau bahgia....
ingin aku ikut serta... tapi aku tak punya sayap sepertimu...
alasan ku...


p/s: merpati putih itu matahari ku.. cahayanya sebening kristal hati ku.

Total Pageviews