Apr 26, 2010

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer ke-2



yaaaaa.... trailer keduanya telah tiba...
still... suara naratornya SANGAT LEMAH!!! jangan guna bahasa inggeris kalau pronunciation tak gempak!!!... baik guna bahasa melayu dan cari orang yang memiliku suara sekuat vibe dan tempo seperti dato' rahim razali.... mungkin sebab dato' rahim razali dan di guna untuk trailer Puteri Gunung Ledang (PGL) jadi KRU tak mau guna dia... hmm.... but u gotta admit it.. dato' rahim razali punya suara dan pause-nya sangat berhantu! jalaluddin hassan juga punya vibe tapi tempo/pause suaranya tak natural... terlalu... mengada.

now expectation aku pada filem ni menurun drastik.
pertama... sebab filter/warna yang di gunakan... satu aku nak cakap... HD tak semestinya cantik!! ya!! tak semua filem akan nampak hebat kalau terlampau HD... kalau tak caya carik la filem2 yang di keluarkan dalam bentuk BLUE-ray. di VCD dia nampak hebat! tapi bila masuk ke HD.... semua terpampang jelas.... dulunya nampak filem yang sarat dgn detail... skarang kualiti video nya jadi macam drama cerekarama!!!! aduuuiiii sakit biji mata!

KRU please dont tell me that this is the Official Theatrical Trailer. masih ada masa lagi untuk orang render dan letak filter. gunakan filter kelabu dan coklat (war-ish). pelajari LORD OF THE RINGS... bukan dari segi teknikal... tu mmg kita tak mampu buat pada masa ni... tapi dari segi mainan warna.. perhatikan juga filter yang digunakan untuk filem GLADIATOR dan 300.... aku bukan nak benchmark filem kita dan filem barat.. tapi aku berharap korang belajar dari bahan yang dah sedia ada. orang akan kata aku ni mengagungkan filem barat... NO! aku mengharapakan something yang BESAR pada filem Malaysia... korang dah guna salah satu effect dari tutorial VIDEOCOPILOT untuk trailer pertama... dan VIDEOCOPILOT juga ada tutorial mudah untuk filter video yang murah jadi nampak seperti filem mahal!... epic-ish, war-sih dapat di hasilkan dengan haya menambah 1 filter layer dan mainkan opacity untuk beberapa babak yang terang dan gelap.. tolong lah... tolonggg lahhh.... aku harap sangat hasil keseluruhan yang baik.

kedua... satu naskah yang kuat pun akan kedengaran bodoh kalau pelakon tak memiliki kebolehan yang baik untuk menghidupkannya... OH MY GOD! aku kecewa. ni memang takbleh buat apa dah... dan kalau nak di perbaiki.... re-shoot akan makan masa dan kos yang selangit. jadi kemahiran dan ketekunan editor/penyunting/composer sangat diperlukan di sini. SANGAT!!! mainkan tempo dan pitch suara pelakon meggunakan audio authoring software yang korang ada. morphVOX adalah salah satu dari yang terbaik untuk itu (walaupun mungkin ia software murahan bagi korang). dialog Hughes Stephen Rahman itu sangat kuat kata-katanya tapi pitch dan eco langsung tak kena.

haduiiiiii...... aku kecewa... kerana production value filem ni sangat tinggi.. sangat detail... sayangnya kalau ia rosak kerana kurang di berikan perhatian dan perngiktirafan visual yang setimpal... huhuhuhuhuhuhuuuu KRU please.....

tapi apa2 pun aku tetap akan tonton filem ni bila keluar nanti... sebab aku dapat rasa ada 'sesuatu' untuk aku... kalaupun aku akan rasa patah hati. tapi... aku dapat rasakan ada something yang akan jadi pengubatnya..... entahlah... mungkin cuma satu 'harapan pelarian' supaya aku tetap ke panggung nanti. tapi..... huh...... (T_T)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews