Jul 11, 2010

bisikan arwah poster (versi aku)

aku sangat kecewa kalau bab2 poster filem/drama malaysia ni.... dibuat macam tangkap muat. padahal poster juga adalah salah satu marketing strategy untuk pancing penonton. hmmm... munkin perlu ada satu anugerah poster filem.. (walaupun di malaysia ni dah berlambak macam2 jenis award)... ada juga poster yang bagus.. tapi masih terikat degan stereotype poster filem malaysia... KENAPA MESTI SEMUA WATAK ADA DALAM SATU POSTER???

poster filem juga salah satu ART/SENI yang memancing khalayak secara sikologi dengan mewujudkan tanda tanya.. huhhhh... dan kalaulah malaysia ni guna konsep teaser poster kalau sesebuah filem/drama masih dalam proses pembikinan. (trailer jangan cakap la... ada beberapa kerat jer yang buat teaser trailer dan full/theatrical trailer untuk filem dan drama).. ya mmg akan memerlukan sedikit budget. tapi kalau ianya dibuat dgn baik dan berjaya menarik penonton... kan ka maksudnya marketing dah berjaya. aduiiiii......

sesak napas aku tiap kali nampak poster2 filem malaysia ni. kalau budget tak cukup untuk ambil studio design untuk buat poster... buat hype dengan mengadakan competition reka poster. upload gambar2 set dan watak. upload banyak2 (dgn ukuran yg besar!) buat sedikit photoshoot kat sewaktu di lokasi. lepastu nyatakan tema dan elemnt apa yg mesti ada dalam poster tu. hadiah tu tak kesah la nak kasi apa. kalau nak kasi gempak2 tu syukkkkuuurrrr... tapi yang penting dgn cara itu poster yang baik akan terhasil dan pembikin poster yang selama ni terpuruk kerana tak memmiliki kelayakan tapi miliki kemahiran, akhirnya dikenali dan memberi platform untuk dia tunjukkan bakat dia. talk about two birds with one stone kan. kalau nak... ikat dgn kontrak untuk 4 ke 5 filem/drama ka. tu dah cukup bagus. what ever lah. cukup lah aku membebel untuk posting kali ni hahhahahaha.

ni ada satu poster drama yang akan main di astro esok... aku kesian tgk posternya... kenapa la kau di perlakukan sedemikin rupa. sungguh kejam tangan2 yang tak bertanggung jawab buat kau macam ni.... touching siot!! jadi aku buat la poster versi aku sendiri. tanpa minta kebenaran hahahahhah. harap2 dorang tak kesah. lagipun kira ok la kan.. aku buat marketing free untuk dorang. baiknya ati aku hahahhahahha. sbenarnya aku tenampak beberapa gambar yang menarik dalam facebook bisikan arwah ni. jadi aku try2 la menggatal dgn photoshop aku. click sana click sini gentel2 puting... erk... gentel2 punat... ya tu lebih tepat... punat mouse hahahahhaha. lucah sungguh!! hahahahahhahahhah.

yang diatas tadi tu poster asal... ni pulak poster yang aku buat
(click poster untuk ukuran yang lebih besar)


kerana foto yang aku ambil dari facebook sangat kecik (korang tau la kan) jadi mungkin kualitinya agak kurenngggg.... tapi biasanya poster seram ni jarang ada yang high definition. tapi itu tak bermakna sumber asal untuk digunakan mengedit tak memerlukan pixel yang tinggi. SANGAT PERLU LAH!! supaya hasilnya nanti lebih tepat dan kemas. ya poster versi aku nampak kosong. sebab aku tak dapat baca apa yg dtulis kat poster asal tu. aku sangat kecewa kerana itu pun satu element yang penting untuk sesebuah poster supaya ada "professional look" dalam poster. kalau lah doang up poster bersaiz besar dan aku dapat baca tulisan tu. aku akan buat balik. tu pun "kalau".


5 comments:

  1. Hello...

    Yes, writer Bisikan Arwah sudah marriii ehehe, anyway, poster Bisikan Arwah dibuat oleh pengarahnya sendiri apabila org yang diupah utk buat poster tu gagal menyiapkan dalam tempoh yang dikehendaki walaupun duitnya sudah dibayar yeee...

    Jadi disebabkan desakan pihak penerbit dan astro makanya terpaksa dibuat poster yg ala2 mcm tu..almaklumlah yg jadi bidan terjun pun skill nya dalam buat poster xde lah seterer mereka yg pandai buat poster..

    Anyway, thanks for the touchup poster, i'm sure the the whole entire production gonna love it :)

    ReplyDelete
  2. (jerit macam groupie)
    WAHHHH!!!! MISS BRAT MASUK BLOG AKU... *pengsan*

    hahahahhahha

    really glad u like it...
    AND REALLY GLAD SEBAB DAPAT MEMBANTU
    *huhuhuhuhu terharuuuuu*
    gunakan la poster tu dijalan yg benar hahahahha.

    peace!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11/7/10 22:01

    YES!!! I like it sooo much!!! and agree with your opinion, poster is very important...i'll persuade the producers to used ur poster eh...

    Btw, Miss Bratt knows things going on so well...sbb tu lah yg terbaik we can produce from our side :)

    -kechik busyuk-

    ReplyDelete
  4. yay! aku suka gak versi kau! hahaha! tQ bro! :)

    ReplyDelete
  5. waaahhhh ni dah jadi rekod ni. hahahah
    penulis skrip dan tuan direktor masuk blog aku hahahahha kembang kempis idung gua.

    trimakaseyyy!!!

    ReplyDelete

Total Pageviews