Nov 29, 2010

another fake poster / AKUreka Crew



poster/pin-up /... whatever lah korang nak panggil. hahahhahaha. benda ni di buat sebulan lepas kot... ntah la tak ingat... studio shoot. aku masih mentah lagi dalam dunia DSLR ni. tak berapa reti sangat. some of the shot aku buat pun guna "mata seorang manipulator" bukan "mata seorang photographer sejati" hahahhahaha. selebihnya adalah magis hujung jari Rudy Iskandar. dan kemudian aku manipulate sesuka hati sesedap rasa aku.

hahahahha aku seorang pencinta photoshop....

nothing more yang aku bleh cakap pasal si "Aktivis Lensa" bernama rudy iskandar ini. i learn a lot dari dia. he is my mentor. ya aku memang ZERO pasal dunia photography ni. slama ni pun aku main tembak sesuka hati hahahahhahaha. yang penting aku suka. ko tak suka aku peduli apa! ahhahahahahha. tapi in term of making $KACHING$!!! hahahhahaha kehendak orang pun mesti di penuhi. walaupun kau suka tak suka kau kena ikut.

tapiii~~~~~~~~

disitu la menunjukkan kau skillful/kreatif atau tidak... dengan menurut dan memenuhi kehandak orang dan implement kau punya "mark" dan skill di dalamnya walaupun pada mulanya kehendak yang terpaksa di turuti itu old-school atau lebih parah lagi cheesy. ya kadang2 kita terlalu mudah membuat keputusan sehinggakan kita lupa untuk menilai semula. bagi aku yang sedang cuba merangkak dalam arena seni imej kaku ini... aku nampak sesuatu yang baru setiap kali melihat dari corong kecil "pencari pandangan" (viewfinder wakakakakka) itu.

lepaskan imaginasi me-liar di seluruh ruang.. sempit atau luas... tinggi atau rendah... buruk atau cantik... terang atau gelap... putih atau hitam... bingit atau diam.. biarkan liar.. biarkan imaginasi bermaharajalela semahunya. temukan setiap satu "keindahan" yang tersembunyi... disitu kau akan jumpa dimana diri kau berada. kalaupun ia sebuah cetusan minda yang "kasar" (kerana ia bukan dari seorang yang membidangi) tidak bermakna ia adalah debu di atas buku yang kau hembus dan lap. cuba cari keindahan yang ada dalam sesuatu yang biasa. eh! macam lagu Yuna pulak... watch something random turn it into something awesome.

HAH! aku cuba ber-lidah madah ucap cakap tapis saring lembut halus. takut ada yang salah faham dan kecik ati... apa yang aku cakap ni adalah apa yang aku pelajari dari mempelajari. atau lebih mudah nya... belajar dari memerhati. ya tu lebih tepat...

kenapa la aku suka sangat cakap bunga2 sampai orang tak paham.... sebab aku suka! hahahahahaha. bahasa adalah seni yang indah juga. ligat akal kau menterjemah... makin ligat juga lidah ku berpencak! membuka mukaddimah sambung madah.. wah macam bahasa orang dulu2 hahahahahhaha macam chilakhe la punya bahasa. main hantam jer. janji ludahkusedapmerasa. NAH! kau! hahahahahahhahahahahhahahhaha.

ah! sudah2 lah aku merepek bukan2 hahahhahahaha ok bye... sampai jumpa lagi~~~ hahahahhaha. adehhh mcmana nak buat penutup ni... eh? aku bukan buat essay... hahahahhahahahahhahah. sengal.

2 comments:

Total Pageviews