Apr 20, 2010

yang lalu



::kala ketika::

hilang! hilang... kata itu tiba2 hilang....

yang ada di penjuru nya hanya sudut tajam meyakitkan.

tapi aku tak marah.
tidak.
aku tak marah.

bukan cara ku untuk marah apatah lagi hanya rentak tari tersilap langkah.

mungkin kerana kembara layarnya baru melepasi pantai.
tapi ribut dan badai sudah bertubi menghentam.

tercarik layarnya, berderap tiang nya.
tak apa... perlahan ku jahit layarnya dengan lebih sempurna. ku tulang tunjang tiang nya.

sakit aku tau itu.
kerana aku juga merasanya.

dup dup..... dup dup............ dup dup......... DUP!!!
rebah menyembah tanah. merangkak.

[hitam]

arrgh!! silaunya...

>> this is the 2nd time! saya akan buat apa yg sepatutnya saya buat dulu

>>> please sir.. no.. not this time.. not now.

>> kalau ini berlaku lagi?? dan awak terus keras? mcmana?? dalam rekod saya, ni dah dua kali tau tak??!

>>> ok... but not this time... ok doc? please....

huh...... tidak ini bukan kerananya.
tapi kerana aku. terlalu pendam sehingga mampat. kerana aku tau sakitnya lebih sakit dari ini.

perlahan ku sulam lagi layarnya. aku tunjang lagi tiangnya.

kerana aku mahu dia sampai di seberang sana. merentasi segala karang tajam. ribut taufan. ombak kencang.

dewasalah

semakin dewasa lah...

bahtera ku ku tinggalkan di pertengahan...
bersampan aku patah pulang untuk tunjukkan jalan.

supaya nanti bisa seiringan. sampai ke pulau. perpijak di tanah yang di impikan.




to you: i heart you.



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews