Jan 12, 2010

KRU : Hikayat Merong Mahawangsa Trailer

TRAILER



WHOOOOO!!! NICE!
dalam hati aku... aku nak kata begini: akhirnya!!! apa yang aku harapakan dari pembikin filem malaysia telah benar2 ada!

tapi.... selagi filemnya belum aku tonton... aku takut nak say it out loud.


aku nampak something yang familiar pada trailer nih. oh! ya! wording yang bercahaya itu. di ambil direct tutorial yang dibikin menggunakan adobe after effect oleh Andrew Kramer (videocopilot.net)

ni tutorial nya
http://videocopilot.net/tutorial/ancient_titles/

Andrew Kramer seorang 'nobody' to 'somebody' hanya kerana suka buat tutorial adobe after effect.

banyak filem yang guna tutorial dia untuk effect. tapi ni kali pertama aku nampak filem malaysia guna tutorial dia.

not a bad thing tho.
cuma nampak terlalu sama. pembikin trailer ni patut berikan lebih 'film grain' atau cahaya atau tukar warna yang lebih dark supaya nampak selari dengan warna footage dari filem... DAN supaya tak nampak direct copy. i hope this is not the official trailer. sebab ni produksi filem besar.. dan "si gila mengedit video" (macam aku) bila ternampak something yang di cedok bulat dari idea orang... akan rasa... well... apa2 lah. DAN suara narrator tak cukup 'gema' untuk menusuk semangat. (suara datuk rahim razali untuk PGL lebih 'berhantu')

TAPI AKU SUKA TRAILER NI!! some part of it buat aku berdiri bulu roma. YA BETUL. aku harap hasil keseluruhan tak mengecewakan. sebab aku tgk production value filem ni sangat tinggi!

mungkin... ok.. JUST MUNGKIN ini akan menambah satu lagi filem epik yg bolah buat aku rasa macam nak inzal dengan keindahan visual (ya) kekuatan cerita (mungkin) dan jalinan ikatan babak/aksi/editing (pernah tonton Queen of Langkasuka arahan
Nonzee Nimibutr? ya.. bagi aku filem tu agak lemah jalinan babak/aksi)
). DAN harap2 filem ni bukan sebuah lagi filem yang hanya eye candy untuk menunjukan semangat "MALAYSIA PUN BOLEH BUAT".... yg aku harapakan adalah... aku mau dapat "sesuatu" dari filem ini. (seperti suka nya aku pada PGL)

hey.. kau tak dapat nak menafikan. this is an epic movie buatan malaysia. (walaupun PGL bukanlah filem epic pertama malaysia) mau/tidak mau kau akan tetap membandingkan ia dengan PGL... PGL adalah sebuah love story... dan Merong mahawangsa ni agak war-ish.. dua genre berbeza. tapi mampukah KRU mengangkat kuasa epic pada hikayat ini setinggi yang mungkin. (nak kata Lord of The Rings tu tak bleh la... gila kau! tu produksi tak hengat punya mahal)

AKU SANGAT2 MENUGGU FILEM INI KELUAR PANGGUNG... JAUH DALAM HATI AKU... AKU RASA NAK MELOMPAT2 SUKA!.... TAPI... AKU TAKUT.... TAKUT NAK LETAK HARAPAN YG TERLALU TINGGI. (TAKUT KECEWA LAGI) kalau it turn out cheesy... aku pasti kecewa... tapi kalau it turn out FREAKIN AWESOME... pasti aku sangat HYSTERICAL dan menonton puluhan kali di panggung (kalau bajet sampai la hahahahahhaha)

seperti biasa... tak banyak yang aku dapat katakan. sebab ini hanya sebuah trailer. aku tak mau sentuh apa2 pun pasal isi cerita berdasarkan trailer saja seperti orang yang terus membahas dan ada yang SMASH kencang sesebuah filem hanya dari sebuah trailer (petikan filem) dan khabar angin yg di dengar dari mulut ke mulut... smash kejam! bash gila! padahal tak tengok lagi filemnya.. dan pada akhirnya malu sendiri.. pada mulanya merasa cukup pintar... tapi kesudahannya di pandang 'bodoh' oleh mereka yang 'memerhati'. WAHAHAHAHAHHAAHA

UPDATE




yaaaaa.... trailer keduanya telah tiba...
still... suara naratornya SANGAT LEMAH!!! jangan guna bahasa inggeris kalau pronunciation tak gempak!!!... baik guna bahasa melayu dan cari orang yang memiliku suara sekuat vibe dan tempo seperti dato' rahim razali.... mungkin sebab dato' rahim razali dan di guna untuk trailer Puteri Gunung Ledang (PGL) jadi KRU tak mau guna dia... hmm.... but u gotta admit it.. dato' rahim razali punya suara dan pause-nya sangat berhantu! jalaluddin hassan juga punya vibe tapi tempo/pause suaranya tak natural... terlalu... mengada.

now expectation aku pada filem ni menurun drastik.
pertama... sebab filter/warna yang di gunakan... satu aku nak cakap... HD tak semestinya cantik!! ya!! tak semua filem akan nampak hebat kalau terlampau HD... kalau tak caya carik la filem2 yang di keluarkan dalam bentuk BLUE-ray. di VCD dia nampak hebat! tapi bila masuk ke HD.... semua terpampang jelas.... dulunya nampak filem yang sarat dgn detail... skarang kualiti video nya jadi macam drama cerekarama!!!! aduuuiiii sakit biji mata!

KRU please dont tell me that this is the Official Theatrical Trailer. masih ada masa lagi untuk orang render dan letak filter. gunakan filter kelabu dan coklat (war-ish). pelajari LORD OF THE RINGS... bukan dari segi teknikal... tu mmg kita tak mampu buat pada masa ni... tapi dari segi mainan warna.. perhatikan juga filter yang digunakan untuk filem GLADIATOR dan 300.... aku bukan nak benchmark filem kita dan filem barat.. tapi aku berharap korang belajar dari bahan yang dah sedia ada. orang akan kata aku ni mengagungkan filem barat... NO! aku mengharapakan something yang BESAR pada filem Malaysia... korang dah guna salah satu effect dari tutorial VIDEOCOPILOT untuk trailer pertama... dan VIDEOCOPILOT juga ada tutorial mudah untuk filter video yang murah jadi nampak seperti filem mahal!... epic-ish, war-sih dapat di hasilkan dengan haya menambah 1 filter layer dan mainkan opacity untuk beberapa babak yang terang dan gelap.. tolong lah... tolonggg lahhh.... aku harap sangat hasil keseluruhan yang baik.

kedua... satu naskah yang kuat pun akan kedengaran bodoh kalau pelakon tak memiliki kebolehan yang baik untuk menghidupkannya... OH MY GOD! aku kecewa. ni memang takbleh buat apa dah... dan kalau nak di perbaiki.... re-shoot akan makan masa dan kos yang selangit. jadi kemahiran dan ketekunan editor/penyunting/composer sangat diperlukan di sini. SANGAT!!! mainkan tempo dan pitch suara pelakon meggunakan audio authoring software yang korang ada. morphVOX adalah salah satu dari yang terbaik untuk itu (walaupun mungkin ia software murahan bagi korang). dialog Hughes Stephen Rahman itu sangat kuat kata-katanya tapi pitch dan eco langsung tak kena.

haduiiiiii...... aku kecewa... kerana production value filem ni sangat tinggi.. sangat detail... sayangnya kalau ia rosak kerana kurang di berikan perhatian dan perngiktirafan visual yang setimpal... huhuhuhuhuhuhuuuu KRU please.....

tapi apa2 pun aku tetap akan tonton filem ni bila keluar nanti... sebab aku dapat rasa ada 'sesuatu' untuk aku... kalaupun aku akan rasa patah hati. tapi... aku dapat rasakan ada something yang akan jadi pengubatnya..... entahlah... mungkin cuma satu 'harapan pelarian' supaya aku tetap ke panggung nanti. tapi..... huh...... (T_T)

UPDATE



i am so gonna watch this... walaupun masih tak sampai dengan expectation aku... cuma berharap storyline di buat sebaik yang mungkin... nuff said.. ini adalah trailer versi bahasa melayu.. untuk market di malaysia... aku lebih suka editing trailer untuk versi international. kenapa la dorang mesti buat perbezaan... dan untuk versi bahasa melayu itu.. disappointing...

6 comments:

  1. look promising.pi aku pun x meletak harapan yang terlalu tinggi.

    ReplyDelete
  2. yea me too tapi u gotta admit it. this trailer looks AWESOME! aku dapat rasa ada FLAME yang akan marak pasal terjemahan filem ni nanti... pasal penggunaan nama ALEXANDER THE GREAT... ALEXANDER BUKAN ISKANDAR ZULKARNAIN!!!

    ReplyDelete
  3. bro aku juz stumbled upon ko punye blog masa aku search info pasal filem merong mahawangsa ni. best lah baca review ko. haha masa aku mule2 tgk wording kat trailer dia ingatkan diaorg pakai particle illusion sbb cahaya kat blakang tu nmpak mcm familiar, tp tak sangka ko dpt spot diaorg pakai tutorial videocopilot tu. aku ingatkan production house yg baget besar mcm kru tu at least ade motion graphic designer yg sendiri, tp tak sangka pulak mcm ko kata diaorg ambik bulat2 dari tutorial tu. yg aku heran production house mcm tu pun kene rujuk kat tutorial videocopilot ke?? hmmm...mcm tak caye je. haha ntah2 kru sndiri pun blajar special effect dari "Hollywood camera works - Visual Effects for Directors" hehe juz kidding.

    tp seriously speaking, kalo dpt blajar AE dan CG dari tutorial2 mcm ni sbnarnye boleh jugak berjaya. why not, kan? ramai jugak artis sndiri pun cari idea dan ilmu dari lynda.com ape, lg pun aku rasa kan, kalo tak masuk U ambik course arts/multimedia tp dgn hanye blajar dan praktis dari lynda.com, videocopilot dan etc pun boleh bukak biz sndiri, takpun freelance.

    ye mmg btol byk filem2 indie pun pakai tutorial andrew tu. best gak tutorial AE dia, byk pakai PS dan 3D software, especially yg bullet tu gempak giler. aku pun stuju dgn ko, kalo btol pun KRU pakai idea dari tutorial videocopilot tu, at least kenelah pusing sikit idea kasi nmpak beza dari yg ori. cth background dia mungkin boleh letak motif dan corak melayu tradisional ke, something like that. semua boleh buat kat dlm AE. ape pulak nnt org akan ckp kan kalo dpt spot out flaws diaorg. itu yg perlu difikirkan btol2 sblom nak blajar dari tutorial online, dah lah videocopilot tu femes...hmm salah satu segi yg boleh dipertingkatkan lg ialah rekaan pakaian costume purba yg digunakan dlm crite tu. bagus mmg bagus cuma ade sstgh costume nmpak mcm baru sgt, kene ade wear and tear baru nmpak realistik mcm crite2 perang China 3 kingdom, 14 blades etc. tp takpelah, let's hope ini langkah pertama for a drastic change.

    tp mmg tak boleh nafi filem merong mahawangsa ni mmg impressed aku at the first sight. tgk dah boleh agak baget mahal, aku rase boleh tanding dgn filem2 asia yg lain. kalo thailand boleh buat sejarah kita yg Queen of Langkasuka tu, maka dah smpai masanye utk kita buat filem sejarah kita sendiri. aku ade terbaca satu artikel kru mungkin akan buat satu lg crite yg mirip efek 300 dan sin city, taktau lah btol ke tak.

    bro ko pnah tak beli mane2 dvd crite kru tu? ade x prasan camne menu dvd dia? ade tak gempak mcm yg style hollywood punye? mcm motion menu dgn menu transition yg gempak2 tu? kalo diaorg dah kuar dvd utk crite merong mahawangsa nnt aku ingatkan nak beli 1 copy nak tgk sndiri camne menu dvd dia. sbb aku keje freelance tolong kwn2 design motion menu, dvd cover dan photoshop work utk wedding. curious jugak lah nak tau camne kualiti dvd kru tu.

    :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. bro.. aku cadangkan ko email cadangan ko yg mmg bernas ni kt KRU... aku rasa diarang pun ska ada org yg mmberi komen untuk menambahbaik mcm ko ni...

    ReplyDelete

Total Pageviews