Apr 23, 2006

FIGHTER IN THE WIND

sebuah filem biografi tentang Masutatsu Oyama atau nama asalnya Choi Baedal (1923-1994). seorang anak korea yang diberi julukan 'living legend' di jepun. beliau telah menewaskan 270 (kalo tak silap aku la...) orang manusia hebat dan mahaguru seni mempertahankan diri jepun yang kebanyakannya mati dengan satu pukulan tangan. setiap perlawanannya tidak pernah melepasi tempoh 3 minit dan yang paling cepat hanya beberapa saat saja. prinsip perlawanannya amat mudah..: 'kalau dia melepasi anda... itu adalah titik nya'.

kemudian dia dikenali dengan The Godhand, manifestasi kepada seorang pahlawan ulung jepun Ichi Geki, Hissatsu atau 'one strike, certain death'. baginya ini adalah sasaran sebenar dalam teknik karate. gerakan kaki yang 'fancy' cuma tambahan (walaupun dia juga terkenal dengan kekerasan tendangannya).

kisah hidupnya diceritakan dalam filem FIGHTER IN THE WIND dengan baik, walaupun sebahagiannya tidak di ceritakan dengan jelas (film duration limitation la katakan...) dan diceritakan dengan rentak drama korea (paham2 jer la...)

... seorang anak muda korea datang ke jepun sebagai pendatang haram semata2 ingin menjadi pilot kapalterbang sewaktu perang dunia ke-2. sehinga pada satu saat jepun memutuskan untuk melakukan serangan pesawat kamikaze Choi Baedal menolak. kerana tindakan nya itu dia di seksa dan disinilah pertemuan kali pertamanya dan pertempuran pertama dengan 'musuh-seumur-hidupnya' Kato (err... apa ntah nama blakang dia). setelah dia dikalahkan dalam pertarungan singkat itu Choi Baedal mula patah semangat untuk bertarung...

sehinggalah dia bertembung dengan Bum Soo (kenalan ayah baedal) melawan beberapa orang Yakuza yang sedang bermaharajalela. kerana kagum dengan seni mempertahankan diri Bum Soo, semangat kepahlawanan baedal bangkit semula... dia merayu kepada Bum Soo untuk mendidiknya. Bum Soo tidak menerimanya... tetapi menyerahkan naskah 'Lima Lingkaran'... buku falsafah dan riwayat Miyamoto Musashi untuk di amati dan dipelajari maksud dan intipatinya.

tidak berapa lama selepas itu... kemasukan tentera amerika mula melonjakan namanya... dia mempertahankan wanita jepun termasuk geisha yang hendak dijadikan 'comfort lady' secara paksa (rogol la tuuu).

sehingga pada satu masa Bum Soo dibunuh oleh Yakuza. kematian Bum Soo membakar semangat Baedal untuk menjadi lebih hebat lagi... dia melarikan diri di kawasan pergunungan untuk berlatih... memecahkan batu sungai dengan tangan nya, mematahkan batang pokok dengan penumbuknya, menghempas blok kayu ke kakinya, dam bermacam lagi latihan yang kejam.

dan... akhirnya dia turun/keluar dari pertapaanya... mula mencabar dojo dojo terhebat dari segenap aliran. dam bermula lah lagenda nya.....

pada akhir nya setelah tiada lagi yang terhebat... tiada lagi yang merasa hebat... dia meneruskan latihan dengan menewaskan 52 ekor seladang besar yang ganas dengan tangannya. (dalam riwayat hidupnya dia hampir mati di Mexico apabila seekor seladang merempuh dan belakangnya tertusuk tanduk seladang)

(dia seterusnya mendirikan dojo Mejiro, Tokyo. dan meninggal di sana)

p/s: korang pernah dengar aliran Kyokushinkai? Choi Baedal la pengasasnya.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews