Jul 26, 2006

wahai sang sahabat

walau bertahun telah kita lalui...
se-dewasa mana kita tumbuh...
walau berapa angka umur kita...
pada dasarnya kita masih anak kecil...
seperti anak kecil yang memegang tali yang tak terkira jumlah dan panjangnya...
kita ikatkan ia pada segala yang kita inginkan...
dan setiap satunya kita kita sulamkan dengan harapan...
namun ada 3 tali yang kita simpan...
walaupun masih tak terkira banyaknya tali tali itu...
kenapa?
untuk apa?
kerana tali itu untuk yang maha utama...
1 untuk rasa sayang kita pada keluarga...
1 untuk rasa cinta kita pada kekasih...
dan yang terakir untuk kedua rasa tadi...
untuk yang paling dihargai sang sahabat.

acctually tulisan diatas ni aku kirim mail kat seorang insan yang aku hargai... tetiba rasa nak tulis... hehheh... pastu aku post lak kat sini... aku ni... ermmm... aku jarang merangka apa yang aku nak tulis... aku just tulis apa yang aku nak tulis... direct dari minda... dari hati... dan kalo yang lain2 tu aku banyak merepek jer... heheeh... kadang2 orang tak paham apa yang aku tulis... aku paham sensorang jer... tak kurang jugak yang salah tafsir... dan biasa nya aku respek kagum dengan mereka yang salah tafsir tu... maknanya diorang berfikir bila baca... walaupun salah apa yang di tafsir... tetapi sekurang2nya tulisan aku membuatkan mereka berfikir... heheheh...dan dengan pelbagainya tafsiran itu... membuatkan aku sedar pelbagai jugaklah gaya dan cara setiap manusia berfikir... penuh warna... ceria dan gelapnya... senyum dan sedihnya... menghasilkan 'alam yang indah' dalam dunia yang wujud dalam diri aku... heheh...

aku jarang bercakap jarang tersenyum... tetapi bagi mereka yan 'kenal' aku... mata aku sudah cukup utk bercerita... portal kepada emosi aku... bagi yang baru kenal mungkin mereka akan cop aku sebagai MTP (manusia tanpa perasaan) hehehhe... tapi bila mereka dengar orang cakap 'syed tu banyak cakap la... kuat merepek...' mesti diorang akan kata 'ye ke?' hehehhe... aku tak salahkan korang... ini adalah aku.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews