Apr 4, 2009

hanya sebuah cerita.

((ya post kali ini sangat panjang! tapi mungkin kau akan suka.. atau sebalik nya. ahahahhaha))

pernah menulis?
bukan menulis saja. kosong tanpa makna. tapi menulis suara hati. ya bunyinya langsung tak cool! kalau yang pernah cuba mungkin akan berkata... aku tak pandai kata berbunga. aku tak pandai bermadah helah... jauh lagi bermadah pujangga. tapi pada orang begini... yang mencuba... aku kagum.

kenapa?
kerana kau tetap mencuba. dan kau punya keinginan untuk meluah rasa. lama kelamaan kau mula mahir dalam gaya sendiri. kau julang apa yg kau rasa sepatutnya tinggi. kau sambut apa yang tak sepatutnya jatuh... dan kadang2 kau ludah dengan indah kau maki dengan bersih.

aku?
aku sendiri tak menjadi hakim pada tulisan ku. ini cara aku. ini bahasa aku. dan semuanya adalah rasa aku.

----------------------------
dulu... suatu masa dulu...
aku mula menulis. tak pernah ku simpan. ku tulis sebagai luahan. dan ku buang. sekarang jadi sesalan.

kenapa?
baru2 ini aku terjumpa sebuah kisah pendek hasil imaginasi ku sewaktu sekolah dulu. bertahun aku cuba mengingati kisah yang aku rasa agak hitam ini. sebuah kisah sedih (bagi aku la) antara dua ciptaan tuhan. mungkin sekarang bila di baca seolah aku gunakan metafora. hah! kau silap! aku cuma berkhayal pada masa itu hahahahhaha. aku pernah hantar pada cikgu BM pada masa itu. dia cakap... awak tiru dari mana?? aku rampas kertas itu. dan aku duduk di tempat aku. hati aku memaki. hahahahha

aku memang suka menulis perkara yang pelik. hahahha sampai ada orang bilang aku bukan manusia. hahahahha sampai hati kau cakap aku begitu. waktu itu tak ada istilah/budaya(?) EMO. kalau ada... mungkin itu gelaran mereka pada aku.

bila aku baca semula tulisan ku itu. wah! aku terkejut. betulkah ini tulisan ku? entah apa inspirasi atau influence aku waktu itu. mungkin sebuah anime dan sebuah filem epik. hey! aku kecik lagi masa tu. bulu pun belum tumbuh... hahaha maksud aku bulu dada. (skarang ni pun macam takda... aku kecik lg ker? yeah! hahahha).

huh...
jantung degupnya tak terkawal. kejap pelahan kejap laju. mungkin karna aku sangat rindukan kristal ku yang bercahaya... sejak beberapa hari ini malap sinar nya. namun aku cuba asak untuk dia bersinar semula. kalau boleh seterang terang nya. karna senyuman adalah dia. apatah lagi senyuman itu untuk aku si pemujanya. aku tau banyak kekesalan dalam dirinya. dan karna waktu tak dapat di putar semula. aku tau dia sakit derita. karna aku dapat merasanya.. aku akan cuba buat dia bahgia... aku cintakan dia. ya aku jiwang! aku cintakan dia.

ha? apa??
aku tukar topik?
hahahahhaha... ya maaf. aku terbawa. hanyut dalam rindu aku untuk nya.
betul ka korang nak baca tulisan lapuk aku itu? bukan bagus pun... ok ok.

dalam kertas pudar ini tajuknya si pelanduk pastu ada tulisan kabur...(ditulis guna pensel... kalau dah lama ia pudar)... kalau betul peglihatan aku... tajuknya adalah SI PELANDUK DAN MATAHARI. kan aku dah cakap... nampak sangat macam tulisan budak2. hahahahha tak bagus la... btul ka masih nak baca?? ok ok jap aku dah taip di notepad. nih aku copy paste.

----------------------------

si pelanduk memuja si matahari... siang dia ceria bahgia... malam dia menangis rindu.. namun bila tiba waktunya... si bulan muncul di langit gelap... menjerit dia pada bulan. memaki.. cemburu... bulan bercahaya karna matahari...

bila siang mula mendaki. malam merangkak pergi... pelanduk berdiri menuggu di tebing tinggi.. cahaya pertama yg menyinar disambutnya dengan regus nafas deras! di hentak2nya kuku kaki keras.. marah... ya dia marah...

sekarang... matahari bersinar terang... pelanduk berlari di padang rumput luas... bermain riang berteman matahari.. bahgia... ya dia bahgia bersama si mataharinya.

tiba2... matahari di tutup awan...
mendung berarak laju.. malap cahaya si matahri.
rintik pertama jatuh di hujung tanduk si pelanduk.

berlari pelanduk mencari teduh. hatinya terbakar lagi...
sepanjang hela nafas nya... setiap degup bunyi hentak kakinya.. dia memaki. menjerit pada awan.. karna meggangu kebahgiaan nya..

di bawah pohon besar... menuggu... akhirnya hujan berenti. tersenyum si pelanduk...

namun bila si pelanduk mendongak... matanya terpaku...
kenapa?? apa yang berlaku???

matahari muncul perlahan di celah awan2 kelabu..
perlahan... mulutnya tertutup erat... menggigit gigi.
apa sebenarnya yang ada di matanya...

matahari membelai lembut si awan... perlahan cahayanya tembus membentuk jalur2 putih di celah2 awan kelabu.

sekarang meruap kemarahan si pelanduk. selangit kata maki nya. meggunung dendam nya.

lari! kencang lariannya... kini dia tak memaki. tapi di mata si pelanduk ini. bagai membara. menyambar api amarah nya.

sampai dia di tebing yang sangat tinggi. mendegus nafas nya... dia tidak lelah... dia sangat marah. matahari merah di hujung kaki langit. perlahan semakin hilang... si pelanduk diam...

malam... langit malam cerah tanpa awan... bintang berkemerlapan... indah... pelanduk masih diam... hatinya mati... dia sepi... dan kosong...

berjalan perlahan tertunduk... si pelanduk masih diam... berjalan menjauhi tebing...

bila pelanduk mendongak lagi... kilau cahya putih bersinar... berpusing si pelanduk meghadap tebing lagi... bulan!!!

bulan penuh terang!

tak tergambarkan. tak terbayangkan... tak terucapkan... meluap didih hatinya. menjerit si pelanduk. hina dan jijik kata2 nya!

dia tau... bulan bercahaya karna matahari... dan dia semakin benci!

lari! si pelanduk berlari! seperti ingin menuju ke bulan. dia berlari. SIAL! jerit pelanduk bergema. cemburunya menggila! deras larian nya. bergegar bumi menahan hentak kakinya. sehingga di hujung tebing... si pelanduk melompat. tanduknya sedia menusuk!

terhenti... masa seakan terhenti... laju tujah nya mula perlahan... dan... pelanduk di tarik ikatan bumi.

merah darah megalir di batu runcing... dalam nafas terakhir... si pelanduk berbisik... perlahan dan tersekat. satu kata... ja... ja... jalang!

bulan diam menjadi saksi... bintang terus berkelip tanpa peduli...


matahari.. kenapa begini? wahai sang matahari??

..... tak terfikir si pelanduk bodoh ini... siang dia bahgia... malam dia merindu... katanya esok matahari akan datang lagi.... padahal matahari tak pernah pergi... untuk si pelanduk yang memujanya... dia berusaha pantulkan cahaya... pada sahabatnya si bulan... untuk menyatakan bahawa... sayang ku... aku masih disini bersama mu. setiap hari... setiap waktu... namun pelanduk memaki... bodohnya engkau wahai pelanduk....

----------------------------
NO!!! its a big NO!! ini bukan sebuah metafora yang hiper. ini cuma tulisan direct dari khayal aku. mugkin aku ini klon kepada Tim Burton. hahahahahaha

me:... haizz~~~ apa yang patut aku lakukan supaya dia rasa... bahwa aku sangat mencintai dia.

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews