Sep 15, 2011

cermin dan pagi yang kelam

sori lama jugak tak update blog... di timpa pelbagai masaalah sampai aku jatuh teruk... spirit aku down gila... dan kesannya sampai sekarang aku rasa... sampai banyak kali aku nak give-up dgn smua perkara.... pelan2 menapak.. pelan2 merangkak... perlahan bergerak.... ya.. sampai sekarang aku masih merangkak... belum dapat kembali berdiri dan berjalan... tapi masih tetap berusaha.. dan atas bantuan sahabat yang cukup kental dan agak kebal hatinya bersabar berusaha supaya aku berdiri semula.. aku ucapakan terima kasih yang tak terhingga.. (T_T)

dua hari lepas aku takda buat apa2.. jadi tengah lepak dengan si putih dan si.. erm... (ALAMAK! aku lupa bagi nama!!) dua ekor anak kucing hitam yang entah dari baka mana... agak keriting bulunya... aku tarik adik aku dan suruh dia belakon dalam video experimental aku hahahahah. dia orait jer. sempoi badak la budak tu.

One Gloomy Morning


shoot waktu hujan pagi2... seriau jugak aku shoot video yang tak seberapa ni... walaupun canon 7D tu weather sealed.. tapi takut gak kalau2 masuk air doww!! mana gua nak cekaw sen kalau rosak hahahahha. lagipun lens yang aku guna bukan L lens.. jadi tak weather sealed la.. silap2 karang jadi mug lens tu aku kerjakan.. tak pun akuarium ikan laga hahahahha
-----------------------------------------------------------

Cermin


ni pulak idea yang dah lama ada dalam kepala aku.. jadi sementara tengah takda buat apa2.. aku cuba la buat.. boleh ke tak boleh.... macam hampir boleh plak aku tengok.. hahahaha. sebenarnya babak ni nak di guna pakai dalam fake trailer untuk fake poster psychosis yang aku buat dulu tu... tapi dua abang besar (yang mukanyaterpampang dalam poster tu) bizi gila babeng. tepaksa aku sebagai adik yang comel lagi hensem ni menunggu dorang free.. wakakakakkaka ayat macam hanjing. 

kedua dua watak dalam video ini di lakonkan oleh adik Syarifah Sri Fuji. terima kasih Fuji! (^_^)

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews